Thursday, December 22, 2016

Sarapan ringkas dan mudah - EGG TOAST



Senang dan orang rumah ni suka, iaitu Egg Toast.


Bahan-bagannya adalah seperti berikut:

-Roti (ikut banyak mana yang korang nak)
-Telur (5 biji untuk roti Gardenia pendek)
-Sedikit garam
-Sedikit Oregano (kalau tak nak letak pun takpe)
-Sedikit lada sulah

Caranya:

- Pukul telur. Masukkan garam, lada sulah dan oregano, pukul lagi. 
- Sekeping roti Gardenia dipotongkan 4 bahagian.
- Panaskan non stick pan. Tuang sesudu minyak masak. Ratakan.
- Celupkan roti dalam bancuhan telur tadi, cukup setakat meliputi keseluruhan roti.( Jangan lama sangat, nanti roti resap telur sampai habis. Hahahaa )
- Letak atas kuali panas tadi. Masak hingga keperangan.
- Angkat dan hidangkan.

Boleh dicicah dengan sos, sekaya atau makan macam tu pun dah sedap.






No comments:

Post a Comment