Sunday, December 25, 2016

Rumah Pusaka



Inilah satu-satunya harta peninggalan arwah abah. Rumah mak aku yang terletak di Taman Bunga Raya, Teluk Intan. Arwah abah beli rumah ni setahun sebelum dia pergi meninggalkan kami buat selamanya.

Syukur arwah abah sempat beli rumah sebelum dia meninggal duhia. Macam tau-tau je. Kalau tak, mesti kami dah merempat entah kemana kerana emak seorang suri rumah sepenuh masa. Memang takde pendapatan lain selain wang pencen arwah abah yang bekerja sebagai seorang guru. Rumah ni pun, insuran yang settlekan bayaran lepas abah meninggal. 

Walaupun mak dah duduk dengan aku, rumah ni tetap dijaga dengan baik. Mak upah orang untuk jaga laman, manakala bahagian dalam kami bersihkan kalau balik sekali sekala.

Banyak kenangan kat rumah ni. Pahit manis...semua ada. Pernah mak menyatakan hasratnya untuk menjual rumah ni, tapi kami adik beradik berjaya pujuk mak untuk batalkan hasratjya tu. Sayang kot. Memang rumah ni nilainya dah tinggi, tapi harga dia takkan sama dengan segala kenanganbyang tersimpan disitu. Selagi aku terdaya, aku akan jaga rumah ni sampai bila-bila. InsyaAllah.






No comments:

Post a Comment