Monday, July 15, 2019

Try Mee Rebus Pak Chop


Tengah hari tadi abang aku bagi gambar map ni kat group Whatsapp adik beradik 'Sibling Deluxe'.

Abang kata dia mengidam mee jawa Pokde... mana nak dapat dah. Pokde sekarang jalan pun dah terketar. Dah lama dia tak meniaga kerana faktor usia.

Kesian pulak dengar orang tua tu mengidam, balik dari berurusan di Lembaga Zakat, aku akak mySayang pergi singgah dan cari kedai Pak Chop tu yang terletak di Pekan Subang. 


Kalau tengok map tu, kedai Pak Chop tu terletak di kawasan kedai yang terbakar dulu. Betul tekaan aku. Kedainya terletak di atas tapak kedai yang terbakar 10 tahun dulu.


Aku belikan untuk abang aku sekali. Harga sebungkus mee rebus ialah RM5.50. Wow! Macam mahal kan? Tapi itulah harga dia. Pada aku berbaloi gak sebab isinya melambak, dan kuahnya boleh tahan sedap.

Tak rugi cuba.



Sunday, July 7, 2019

Tempat berhantu - Pasaraya ECO Subang Permai

 
1st time bawak anak-anak ke Pasaraya Eco Subang Permai. 

Pasaraya baru buka... penuh dengan manusia. Tempat barang murah memang selalu jadi tumpuan.



Da pesan kat anak-anak, sorang boleh beli tak lebih 3 barang. Alih-alih... da sampai kat sana, lain pula ceritanya. Masing-masing bodek nak 5 barang. Tu pun ada yang bising nak beli lebih. Adehhh...



Tu cakap... tempat ni berhantu. Sebelum sampai, plan nak belanja tak lebih RM30, da sampai berlebih-lebih pulak jumlahnya. Adoyaiii....




Kenduri anak kak G


Ada satu hari tu, Kak G komen kat gambar aku, sempat ajak aku datang ke kenduri kahwin anak sulungnya.

Da lama tak jumpa geng KEMAS, hati aku tergerak nak pergi. Ambil kesempatan jumpa diorang.


Macam biasa... kalau pergi dengan mySayang, kena tunggu dia usai kerja, baru boleh gerak. Ok lah.... dalam 12.30pm, baru dapat bertolak. Tak sempat jumpa Kak Ros yang sampai awal dari Ipoh. Che Ta pun dapat jumpa kejap je. Masing-masing ada 2,3 rumah kenduri nak pergi lagi.





Eina je la yang sempat berborak lama. Dia pun sampai lambat. Banyak gak cerita yang kami sembang, pasal kawan-kawan yang dah lama tak dengar berita.... 





Seronoknya kalau dapat berkumpul lagi macam dulu... walaupun dah tak sama sebab arwah Kak Kila dah takde....





Tuesday, July 2, 2019

Jumpa Dwan Olan


Hari ni dah 24 hari apak mySayang tidur di wad. Apak kelihatan sangat sihat. Cuma perkembangan fisiotetapi dia agak slow menyebabkan dia akan berada lebih lama di wad tersebut.


Kali ni turn mysayang jaga apaknya dari malam tadi.

Siang tadi dia jumpa Dwan penyanyi kumpulan Olan yang sedang melawat ayah mertuanya kat PKKN Sungai Buloh. Pe lagi, ambil kesempatan bergambar la dia. Hahahaa...









Monday, July 1, 2019

Nasi Lemak RM1


Airis kata dia nak jual nasi lemak kat sekolah agama dia, so aku pun gigih masak nasi lemak. Bukannya susah pun, dalam 1 1/2 jam je dah siap bungkus. 

Harap budak-budak suka. Jual RM1 je sebab jual kat sekolah. Siap telur dadar potong taw.