Wednesday, March 13, 2019

Teman tido mama


O'Te... dia suka baring dekat mama kat atas katil. Mama tidur sorang, dia datang teman. 







Tuesday, March 12, 2019

Update detail BSH mommy


Mahu tak mahu, hari ni aku mesti settlekan urusan kemaskini maklumat BSH mommy. Iye lah... tarikh tutup untuk update detail ialah pada 15 March 2019. Setiap tahun mommy tak pernah tak dapat. Tup tup tahun ni tak lepas sebab tak di update sebelum ini. Apa lagi... bising la mak aku. Hahahaa... memang salah aku kot sebab leka sampai tak update.


Sebenarnya boleh je buat online. Tapi aku tak reti bila macam nak kena kumpul semua IC anak-anak. Faham-faham je lah, semua dah tua gayut, ada life masing-masing, plus jauh-jauh... nak tunggu sorang-sorang send soft copy kad pengenalan masing-masing bagai menanti buah durian gugur ke tanah. Hahahaa..

At last aku decide, terus pergi je ke pejabat HASIL. Tanya depan-depan... senang! Plus pejabat HASIL dok dekat je dengan rumah aku. 2, 3 kali gak r aku berulang tanya macam-macam.

Akhirnya, selepas selesai bertanya macam-macam soalan, aku dapat tahu, proses walk in lebih mudah terutama buat kategori warga emas. Aku hanya perlu bawa salinan kad pengenalan, dan ingat tarikh mati arwah abah.


Selepas menunggu lebih kurang 40 minit, sampai giliran aku. Aku fikir semua dah complete, rupanya kena ada nombor akaun BSN mak. Memang aku tak hafal. Jenuh aku Whatsapp adik beradik aku, thanks pada adik aku, Baby sebab dia ada simpan. Terima kasih sebab dah mudahkan kerja aku.

Terpaksa lah beratur ambil nombor semula. Adeh... silap aku gak sebab tak hafal nombor akaun mommy.



Urusan dikaunter tak sampai pun 5 minit. Kejap je kalau borang dan semua dokumen dah complete. Settle sudaaa...

Saturday, March 9, 2019

Cat Woman



Aktiviti pagi aku... 

Bila anak-anak bulus sini nampak aku pegang tin tu, diorang dah tahu da. Mesti ada makanana untuk diorang.

Kesian tengok... tambahan yang kecil-kecil tu yang masih menyusu badan. Nampak je aku, diorang meluru datang kat aku minta makan. So, setiap pagi aku pastikan aku mesti ada spare makanan untuk diorang. Selagi terdaya, aku buat Insya Allah.




Friday, March 8, 2019

Vietnamese Roll versi Kak Shazzy


Sedap dan sihat! Aku suka makan ni, dapat pulak udang yang besar-besar. Perghh! Tak boleh nak stop weiii.

Aku guna lobak merah, daun salad, suhun, cendawan enoki (favourite aku), sengkuang, tomato ceri, udang dan ketam .


Tadaaaa... kejap je buatnya. Makan macam tu boleh, makan dengan sos pun sedap. 

Mommy aku pun suka. Sedappp....

Thursday, March 7, 2019

Bang Rimau Bintang


Kesayangan mama kena jadi maskot untuk rumah sukan Kuning. Hehehe... apooo?

Jadi maskot rumah sukan paling hensem yang mama pernah tahu. Ececeehhhh... Love You!




Wednesday, March 6, 2019

Anak buah paling muda


Luqman, anak Abg Cik ngan Kak Su. Lincah budaknya... kekadang kelakar pun ada. Dia lah penyeri keluarga mySayang.







Tuesday, March 5, 2019

Kak Ros nak balik US dah...



Oleh kerana flight Kak Ros pukul 8am pagi esok dan dia kena check in pukul 6am, abang nya telah sewa sebuah homestay yang terletak tak jauh dari KLIA.


Tujuannya, memudahkan untuk kak Ros check in di subuh hari, dan membolehkan kak Ros spend time dengan apak dan mak sebelum dia balik rumahnya di US.




So, kak Ros pun ajak lah mysayang sekeluarga untuk stay sekali di homestay tersebut memandangkan yang lain tak dapat nak join sekali. Kami pun, pantang dilawa. Ekekekeee...


Kami sampai agak lewat dalam pukul 10pm kerana terpaksa menunggu Aina habis sekolah jam 6.30pm.


Tapi sempat gak la kami bergambar kenangan dengan kak Ros.








Aku pun sempat gak siapkan soto untuk dibawa sekali ke homestay. Dapat la aku bagi kak Ros merasa soto jualan aku. Dia kata sedap. Heheheee.. kembang idong jap.






Semoga kak Ros selamat sampai di sana nanti. We'll miss u!