Sunday, November 27, 2016

Yeay! Dapat hadiah!


Aaaaaaaarrrrrrrrrr.....

Menjerit aku terima hadiah daripada biras kesayangan, Kak Min. Hadiah yang dia kirim dari London.





Alhamdulillah, terima kasih kak! Moga Allah SWT murahkan rezeki akak sekeluarga. Ameen..





Melawat Khalish di hospital





On da way balik ke Shah Alam, ahli keluarga beramai-ramai melawat anak adik Meen, Khalish yang masih ditahan di waf Hospital Slim River. 


Suhu badan Khalish masih tak stabil, so dia terpaksa ditahan disini.


Semoga Khalish cepat sembuh seperti sediakala.



6th Family Day Hj Ibrahim & Hjh Rajemi : PART IV



Pagi hari terakhir, macam biasa dimulakan dengan bersarapan beramai-ramai. Usai sarapan, acara tukar-tukar hadiah di mulakan.




Selepas selesai acara tukar hadiah, langsung pula sesi bergambar beramai-ramai. 








Acara penutup pula, sesi bersalaman sesama keluarga sebagai tanda berakhirlah Family Day kali ini.


Semoga ukhuwah ini berkekalan ke akhir hayat.


Saturday, November 26, 2016

6th Family Day Hj Ibrahim & Hjh Rajemi : PART III



Sebelah malamnya pula, berlangsung acara penyampaian hadiah serta kuiz iaitu soalan yang diberikan oleh VVIP.






Majlis tamat jam 11pm. 



6th Family Day Hj Ibrahim & Hjh Rajemi : PART II





Hari kedua ; Dimulakan dengan bersarapan di cafe. Makanannya, boleh tahan sedap dan banyak pilihan.


Selesai bersarapan, semua diarahkan ke padang untuk acara sukaneka.




Wefieeeeee

Dimulakan dengan acara kanak-kanak yang diuruskan oleh pak uda.




Kemudian acara pasangan, Mumia dihatiku.


Aku memang tak suka sertai acara sukaneka. Nak handle, boleh la. Tapi kali ni terpaksa, terjebak. Nah...ni hasilnya...




Tetapi, acara terpaksa di tamatkan apabila anak Meen, anak buah aku, mengalami sawan dan dikejarkan ke hospital. Keadaan menjadi panik dan semua aktiviti dihentikan.




Friday, November 25, 2016

6th Family Day Hj Ibrahim & Hjh Rajemi : PART I




Hari ni kami nak ke Felda Residence Hotspring Sungkai..again.. untuk program Family Day Hj Ibrahim. Program ni berlangsung untuk kali yang ke 6.

Kami bertolak ke Sungkai jam 12.30pm.




Kami sampai ke Sungkai pukul 4pm. Cuaca disini mendung je.


Petang tu masa dihabiskan dengan bahagi bilik. Asalnya kami tidur di villa. Tetapi, oleh kerana keadaan pak mentua yang tidak sihat dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak, maka tak sesuai untuk kami tidur di villa. Akhirnya kami tidur di hotel.

Selesai Isyak, semua ahli keluarga bersiap-siap dan berkumpul di dewan untuk acara tahlil, suai kenal dan bbq.


Aku menguruskan acara mewarna kanak-kanak. Seramai 16 orang peserta yang menyertai pertandingan ni.




Selepas acara tahlil dan bbq, berlangsung acara sesi perkenalan fan pembahagian tiket ke Waterpark sekali.



Selesai acara pukul 11.30 malam, masing-masing masuk ke bilik masing-masing. Menanti untuk acara esok pula.