Thursday, September 14, 2017

Ke Cafe Kueh Seksyen 13 selepas jumpa peguam FINAS



Hari ni ke pejabat peguam FINAS. Nak settle kan cepat urusan dana FINAS tu.


Selesai urusan, kami singgah ke Cafe Kueh di Seksyen 13 Shah Alam. Ya Allah.. menggila tengok kuih-muih kat sini. Macam-macam ada! Kalau ikutkan, semua pun aku nak beli. Harganya, 10 biji RM7. Agak mahal... tapi berbaloi dengan rasanya. Sedap!


Bukan kuih-muih je ada. Macam-macam ada tau. Aku tapaw gak kuih, tapi sempat gak minum situ. MySayang order kuih jala + kuah kari, aku plak order soto, digabungkan pula ngan teh tarik kaw.



Nak beli kuih kat situ lagi la. Nyum nyumm..


Monday, September 11, 2017

Sembah takziah buat Sultan Kedah


Sembah takziah buat rakyat Kedah di atas kemangkatan DYMM Sultan Kedah.


Friday, September 8, 2017

Memori Dolu2




Tergelak tengok gambar kiriman Kak Ros dari US melalui Whatsapp ni. Dia kemas-kemas kotak lama di basement rumahnya dan terjumpa gambar ni.

Gambar mysayang dengan sepupunya. Dia menangis sebab kena kejar monyet kat Taman Tasik Taiping.




Kata Ngah, tulisan ni macam tulisan apak. Fuh.. vintage sangat gambar ni. Hahahaaa...




Thursday, September 7, 2017

Bakat melukis Shahir


Aku jumpa kertas renyuk. Saje bukak dan aku jumpa ni.


Lukisan komik Shahir. Comel dan kreatif! Bangga jap..







Mana nak tumpahnya kuah kan?




Senang berganti



Hari ni nyembang dengan kak Miesha. Dia ada masalah sikit.


Terkeluar pulak cerita pasal duda dia yang baru je mendirikan rumahtangga. Wow...begitu pantas? Tak sampai setahun pun lagi diorang bercerai.


Moga berkekalan ke anak cucu. Harap dia tak sia-siakan bini baru dia sebagaimana dia buang kak Miesha dulu.  Kifarah tu berlegar je selagi hayat kita masih ada. So, next time kalau jadi pape pada kita, kita fikirlah semula apa yang pernah kita buat pada masa lalu. Peace!




Wednesday, September 6, 2017

Hadiah Birthday dari Acu Sasa buat Airis



Terima kasih Acu Sasa, bagi Airis hadiah birthday. Re-ment...yay! Kerja seni, mesti best.

Aku sangkakan clay ataupun kapur. Tapi yang ni...entahlah. Nak kata boleh makan pun iye. Baunya...menyelerakan. Aku curik-curik rasa... ada rasa makanan, rasa gula.


Banyak yang tak menjadi. Terlebih air lah... tak mengeras. Memang aku tak faham langsung instruction nya. Hantam saja la labu...

At last... ni dua je yang menjadi. Huhuhuuu...


Macam rupa makanan kan? Bentuk fizikalnya pun. 

Takpelah. Biar mereput begitu je. Hahahaaa...



Monday, September 4, 2017

Jalan-jalan kat KL


Yay! Hari ni cuti....

Ada je plan nk jalan-jalan. Aku suka...

Plan nak bawak budak-budak pusing KL. Destinasi... Batu Caves.

Da lama diorang nak pergi situ, diorang nak main-main dengan monyet. Hahahaa.. kubawakkn saje.


Bertolak pukul 10am. Singgah sarap kat Restoran Hijas.

Sampai Batu caves dalam pukul 11.30 am. Nasib baik orang tak ramai sangat hari ni.


Sebelum panjat tangga, sempat lagi main ngan burung merpati.



Sampai separuh tangga, tetiba aku rasa nak pitam. Badan tetiba rasa seram sejuk. Stop sekejap.

Masa aku pergi setahun yang lepas, elok je. Baru aku ingat... masa tu aku takde darah tinggi lagi. Kali ni, aku rasa tak okey. Faktor usia.



Di ingatkan pada sesiapa yang nak naik ke atas, jangan bawak plastik beg. Monyet-monyet tu sangat berminat dan akan cuba rampas beg plastik korang tu nanti.




Yeay! Akhirnya sampai juga ke puncak tangga. Alhamdulillah, aku makin okay.
Cantik gua kat atas tu. Kat atas tu ada banyak kuil.










Tak puas lagi main ngan merpati, sambung balik lepas turun tangga. Siap beli makanan lagi, RM3 satu pek.


Balik dari Batu Caves, kami menyinggah pulak ke FRIM. Budak-budak ni tak nak balik lagi. Huhuhuuu...

Bebudak tak dikenakan bayaran ye. Dewasa kena bayar RM1.50.

Sempat la jungle tracking dalam sejam gak r. Baju aku basah ngan peluh. Da lama tak but aktiviti keluarkan peluh macam ni.


Keluar dari FRIM, bebudak still takmo balik. Akhirnya aku decide bawak diorang ke Templer Park. Aku tak berapa suka bawak diorang mandi sungai sebab banyak sangat kes kencing tikus berlaku kat kawasan perkelahan. Shahir dulu pun suspek dapat virus dari sungai.

Tapi... tawakal je la. Diorang excited sangat nak main air sungai. memang tak bawak baju spare. Hantam saja la labu.


Hari da makin senja. Destinasi akhir sebelum masuk waktu Maghrib, diorang pujuk aku nak singgah Taman Metropolitan Kepong. Okay memandangkan memang laluan kami, kita singgah ye.


Azan Maghrib, kita balik rumah.


Saturday, September 2, 2017

Aktiviti Qurban Aidil Adha 2017

1st time kami join aktiviti ibadah Qurban kat sini. Sebelum ni, selalunya kami beraya kat kampung, atau ada plan lain. Selama 15 tahun kami bermastautin di sini... ni lah pertama-tama kalinya.

Tahun ni kami dapat 2 kupon, satu untuk rumah kami, satu untuk rumah apak mak mentua.

Aku takde fungsi pun. Jadi tukang tengok je. Mysayang yang terlibat. Tukang pegang, tukang ikat dan tukang lapah. Pengalaman baru buat dia sebab seblom ni dia setakat campur-campur macam tu je masa kat kampung dulu.

Aku? Aku ok je. Buang jauh-jauh rasa kesian, pujuk hati yang lembu tu gembira nak pergi ke syurga... itu yang aku pujuk hati aku bila tengok darah memancut keluar bila kena pisau sembelihan. Itu jugak yang aku ingatkan anak-anak aku bila diorang tengok lembu-lembu tu menggelitik, mengelupur bila kena sembelih.







Hehee... ada gaya tak?