Saturday, September 2, 2017

Aktiviti Qurban Aidil Adha 2017

1st time kami join aktiviti ibadah Qurban kat sini. Sebelum ni, selalunya kami beraya kat kampung, atau ada plan lain. Selama 15 tahun kami bermastautin di sini... ni lah pertama-tama kalinya.

Tahun ni kami dapat 2 kupon, satu untuk rumah kami, satu untuk rumah apak mak mentua.

Aku takde fungsi pun. Jadi tukang tengok je. Mysayang yang terlibat. Tukang pegang, tukang ikat dan tukang lapah. Pengalaman baru buat dia sebab seblom ni dia setakat campur-campur macam tu je masa kat kampung dulu.

Aku? Aku ok je. Buang jauh-jauh rasa kesian, pujuk hati yang lembu tu gembira nak pergi ke syurga... itu yang aku pujuk hati aku bila tengok darah memancut keluar bila kena pisau sembelihan. Itu jugak yang aku ingatkan anak-anak aku bila diorang tengok lembu-lembu tu menggelitik, mengelupur bila kena sembelih.







Hehee... ada gaya tak?


No comments:

Post a Comment