Thursday, August 31, 2017

Airis request hadiah birthday




Dari sebulan sebelum birthday dia, dia dah bagitahu apa yang dia nak sebagai hadiah birthday. Katanya di nak piano. Aduhai nak...piano tu mahal bebenor.

Sebagai ganti, mama ngan abah belikan dia keyboard.

Punyalah happy dia. Dia happy, mma ngan abah pun happy.




Sambutan Kemerdekaan ke 60... kami ke Dataran Merdeka



Seingat aku, aku tak pernah lagi tengok perarakan Hari Merdeka.

Memandangkan kami takde plan untuk kemana cuti-cuti ni...aku decide nak bawak budak-budak ni pegi tengok perarakan sempena kemerdekaan ke 60 kat Dataran Merdeka.

Kami keluar dari rumah jam 6am. Punyalah semangat budak-budak ni nak pergi naik bas. Hahahaa...




Naik bas dari rumah, then turun kat stesyen LRT Ara Damansara. Nak naik LRT ke Masjid Jamek.




Ramai gak orang pagi ni. Semua nak ke Dataran Merdeka ke??




Sampai Dataran dah pukul 7.45am. Manusia...ya amat ramainya.












Selesai perarakan pukul 11am. Muka masing-masing bila dah penat...






Sempat pulak bebudak ni kutip bunga kat pentas utama. Heheheee...




Monday, August 28, 2017

Kerja gila nak beli tiket bola final Sukan SEA



Da lama tak buat kerja gila camni. Pagi ni, pukul 10am baru decide nak try luck pegi beratur untuk tiket bola final. Aku pergi dengan anak dara aku, Aina. Yang lain tak tahu aku nak pergi. Kalau tahu, semua nak ikut. Jenuh kena paw.

Pukul 11.15am, sampai perkarangan stadium... jam baru nak mula. Jenuh cari parking.


Tu diaaa... panjangnya baris.


Baru berjalan 1km, Aina da paw air minum. Huhuhuuu... nasib baik sepanjang jalan ramai rambo jual air. Heheee...


Omaigad... panjangnya barisan. 5km to go. Huhuhuuuuu...


Yang ni lagi 4km to go. Bertabahlah...



Haaaa...nampak tak kepala barisan? Tak nampak kan? Hahahaa...tu menunjukkan barisan ni panjang ya rabbi..


Kepanasan melanda wei. Nasib baik ahkak bawak payung. TAPI... xpakai sunblock. Jadi ikan kering r nanti. Huwaaaa...


Sepanjang barisan, macam-macam dugaan. Ada ulat tiket, ada orang bagitaw tiket da habis. Dengar orang mengamuk macam nak merusuh, lori FRU 2,3 bijik masuk kawasan stadium. 

Hahahaa.. aku ni kira redha je. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau takde, takpe.

Setelah 5 jam beratur... bila nak sampai ke kaunter tiket... tiba-tiba barisan aku tadi hilang tiba-tiba. Hahaha... frust disitu. 5 jam yang sia-sia. Orang masih ramai di kaunter, mengamuk tak dapat tiket.


Aku dengan Aina pulang dengan kehampaan pukul 4.30pm. Hahaa...takpelah, dah takde rezeki.



Sunday, August 27, 2017

Lift rosak


Lift apartment ni da seminggu rosak. Apak pun dah seminggu tak dapat nak ke hospital sebab tak dapat nak turun ke bawah.

Aku tanya management, kata diorang kena tunggu spare part yang sudah di order sampai.

Hari Ahad tu, Cu jana datang nak tengok abang dia iaitu apak, terpaksa di dukung lelaki-lelaki sado ni. Hahahaaa.


Syok Makcu kena dukung. Ekekeeee...



Mc Flurry Durian weiii




Korang dah cuba Mc Flurry Durian?

Aku baru cuba. MasyaAllah.. sedap rupanya. Rich ngan durian.

Aku beli dengan Kak Min kat McDonalds Skypark. Nape ke situ? Sebab McD situ tak ramai orang. Hasilnya... dia punya durian, terasa sangat. Banyak sangat durian dia.

TAPI... harganya... omaigad!!! RM9.90 each hokay. Nak nangis mak... huwaaaaaa....

Nasib baik sedap.



Cekelat batu




Suka sangat cekelat batu ni..

Kalau kat Famous Amos, ada jual yang timbang punya. Tapi harga dia kaluu... pepaham sendiri la.

Kat kedai borong coklat pun ada jual. Beli yang sekilo punya, memang mahal harganya. Beli yang peket-peket punya macam ni, murah sikit.

Tak kisah lah... mak sukaaa..


Selalu Aina yang rajin belikan cekelat ni untuk mama, kat luar pagar sekolah. Mama suka!



Friday, August 25, 2017

Sambutan Hari Kemerdekaan sekolah.


Hari ni ada sambutan kemerdekaaan kat sekolah gegirls. Semangat bukan main diorang ke sekolah. Masing-masing kena bawak bendera. Airis la tang paling beria sekali.


Crown ngan selepang tu, aku buat dalam masa 45 minit je. Last minute dia nak. Nasib baik la mama ni kreatif dan pantas. Pegi sekolah pun terlambat sikit. Hehehee...




Teruskan semangat tu ye anak-anak.



Muka nak makan orang


Muka tu... jangan macam nak makan orang sangat. Nampak dah tua muka dia.

Muka je nampak garang, tapi hati ada taman. Hehehe... lebiu!


Ni gambar pagi tadi... dia ajak breakfast kat mamak. Dah lama tak breakfast sama-sama.





Monday, August 21, 2017

Mummy da mengecil.


Hari ni, macam biasa...setiap 21hb, aku akan balik ke Teluk Intan untuk tolong mummy keluarkan pencen dia. Kali ni aku balik seorang memandangkan mysayang sibuk menguruskan parent dia kat sini.

Lepas hantar kids ke sekolah, terus aku drive ke kampung. Memang saja balik awal sebab mysayang risau aku drive sorang-sirang dan sampai malam.

Bertolak pukul 8am, sampai ke Teluk Intan dalam pukul 11.30am. Banyak pit stop nya, al maklumlah kereta tu tak boleh nak bawak laju. Terpaksalah akur makan angin 80km/sejam. Huhuhuuuu...

Alhamdulillah... selamat sampai.


Aku terkejut tengok mummy...nampak kecut. Dia tak boleh makan nasi. Aku rasa kalau timbang mesti banyak lost tu. Seluar lama da muat balik. Ai is jeles!


Susah hati tinggalkan mummy sorang-sorang kat sana. Dia kata nak balik ke Subang hujung bulan ni. Yay!




Saturday, August 19, 2017

19 tahun usia perkenalan



Hari ni genap 19 tahun aku kenal mamat sebelah ni. Lama kan? 

Setakat ni, aku rasa dah tiada rahsia antara kami. Maknanya kami da habis saling kenal mengenali, faham hati budi masing-masing dah... dah tahu perangai baik buruk masing-masing.


Semoga hubungan ini berkekalan ke akhir hayat kami, InsyaAllah.



Berbakti pada orang tua


Inilah rutin setiap hari mysayang... menyiapkan, mengurut, mandikan, garukan, segalanyalah yang apak dia tak dapat nak buat sendiri, dialah orang yang apaknya harapkan. Makan minum pun kena bersuap. Apaknya dah hilang upaya nak bergerak sendiri. Semua harapkan mysayang.

Tak semua anak dapat peluang macam ni... jaga ayah sementara hayatnya ada. Allah SWT beri mysayang peluang ini untuk dia jaga sendiri apaknya.

Semoga anak kami belajar darinya dan treat kami sama macam ni jugak suatu hari nanti. Amin...





Friday, August 18, 2017

Anak bulus main cak-cak




Syok pulak anak-anak bulus ni main kat almari kasut. Da macam apartment dah. Boleh main cak-cak pulak tu. Omey!



Happy 18th birthday Ipie!




Happy Birthday Ipie! Yang ke 18 tahun. Kejap je da besar. 








Semoga menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan akhirat. Mokde sayang Ipie.



Saturday, August 12, 2017

Taman Rimba Riang Kota Damansara


Okay.. kitorang baru jumpa tempat jogging ni. Tempat ni dah lama. Kami je yang baru berkesempatan nak datang sini.


Taman Rimba Riang di Kota Damansara. Pagi ni aku bawak the gegirls berjogging kat sini. Jenuh gak melayan diorang nak posing kateko. Hahahaaa..