Thursday, December 24, 2015

Nasi Ayam tersedap, dulu hingga kini




Memang dari zaman sekolah, aku ngan family pelanggan tetap kedai makan ni. Pada kami, nasi ayam dia paling simple tapi sedap.

Perkara pertama yang aku nak makan kat Teluk Intan, nasi ayam gerai Sri Aman. 

Muka lapar nasi

Kami panggil dia kedai adik, tak tahu kenapa. Maybe sebab kedai tu diuruskan anak beranak dan kesemuanya lelaki. Yang masak pun bapak diorang.


Sekarang ni, da jatuh ke anak-anak kami plak, suka kat nasi ayam ni. 


Semoga perniagaan pakcik ni akan terus bertahan dan maju. Amin..

Sunday, October 18, 2015

Cuti lagi!!!??

Esok, budak-budak ni dicutikan lagi. Tapi, IPU sini, takdelah tingi sangat. 119 setakat pukul 10 pm tadi.

Aku pulak yang stress. Jerebu punya hal, da kacau jadual final exam diorang. Aduhai...


Wednesday, October 14, 2015

JJCM : Penang Village, Great Eastern Mall Ampang


Salam Maal Hijrah semua!

Pagi ni kami keluar awal, nak ke KL hantar PIL ke rumah abang ngah mysayang di Taman Kosas, Ampang.

Mama ngan baby mama yang dah tak bape nak baby 😂😂😂
Ngah suruh kami bawak PIL ke Great Eastern Mall Jalan Ampang. Mungkin dia nak bawa makan sekali.

Destinasi kami, Penang Village. Plan asal nak ke Kozy House, tapi macam biasalah... asyik fullhouse je. 😅


Sebelum ke sini tadi, kami da singgah makan di Warung Kita Kg Melayu Sg Buloh. Kenyang makan nasi, aku order Kueytiow share ngan mySayang.

Kuey tiow dengan Honey Dew Juice

Sedap masakannya... sesuai dengan harganya. Huwaaaaa...

Thursday, October 8, 2015

Appointment mommy ke Hospital Sungai Buloh




Hari ni aku ngan mysayang bawak mommy ke Hospital Sungai Buloh. Ada appointment mata. 

Biasalah... kalau da sampai hospital kerajaan, kalau tak menunggu lama, memang tak sah.

Nasib abang sado ku ini sabar menunggu. Thanks sudi temankan.





Appoinment pukul 9am... Settle pukul 5pm. Hadoihhhh...



Tuesday, October 6, 2015

Happy 14th Anniversary Sayang!


Hari ni genap 14 tahun usia perkahwinan kami. Bagi yang kahwin muda macam kami, 14 tahun tu dikira agak lama jugaklah bertahan. Alhamdulillah Ya Allah!

Pelbagai dugaan yang kami telah tempuhi. Berkat kesabaran, kami dapat bertahan selama ini.

Semoga Allah SWT memberkati perkahwinan kami. 
Teruslah pimpin kami ke Jannah ye sayang. Love u so much!


Monday, October 5, 2015

Happy Birthday Hero kesayangan Mama!

Happy Birthday to hero kesayangan mama, Ahmad Shahir Azal7 Bin Ahmad Akmal. Kejap je masa berlalu, Shahir dah 13 tahun. Terbayang lagi saat-saat nak melahirkan Shahir iaitu pada hari Jumaat, jam 1221... hari Israk Mikraj plak tu.

Alhamdulillah... moga Shahir menjadi anak soleh yang berjasa pada mama dan abah serta adik-adik, juga kaya dan berjaya didunia dan akhirat hendaknya. Ameen....








Hadiah daripada Acu Sasa. Thanks Acu.



Cuti lagi

Aduh... macam makin teruk je jerebu hari ni...

Sejak musim jerebu ni, aku rajin check IPU. Bila aku tengok permandangan luar kelabu semacam je, aku mesti check.

IPU setakat 7am ni.


IPU pukul 9am. Wahhhl..da lepas paras sangat tidak sihat
Aku guna apps ni, download kat appstore


Kan betul... jerebu makin worse. Dengan pantas Kementerian Pendidikan kasi cuti. 2 hari yuu..




Asyik cuti je tahun ni. Semua gara-gara jerebu merentas sempadan. Huhuhuuuu....




Sunday, October 4, 2015

Karnival Aerobikthon SK Subang Bestari

Pagi ni nak ke sekolah budak-budak ni, SK Subang Bestari. Ada Karnival Aerobikton.

Hari tu sekolah ni ada suruh anak-anak buat kutipan sumbangan. Target sekolah nak kumpul RM100,000. Alhamdulillah, dengar cerita kutipan da melebihi jangkaan.

So, diorang pun adakanlah karnival ni sebagai menghargai pelajar dan ibu bapa. Kira macam pesta meraikan la.

Jom, mama da ready!


Ada rumah hantu, suppa duppa, giant bubble, paintball dan macam-macam lagi.

Tiket kena beli kat pintu masuk. Panjang beratur. Huhuuu...


Nak masuk rumah hantu pun kena beratur panjang. Adoyai...


Kat dewan pula berlangsung acara perasmian.


Yang ni pun antara yang mendapat sambutan hangat.


Suppa dupa... tak sah kalau takde.


Ni main apa pun tak taw. Tapi macam menarik.


Senamrobik beramai-ramai kat dewan.


Sementara menunggu Aina ngan Airis beratur panjang nak masuk rumah hantu, mama wefie ngan abang.


Tahniah buat pihak sekolah atas kejayaan program ini. Good job!



Thursday, October 1, 2015

Terpaksa pakai mask

Jerebu macam teruk je hari ni. Bebudak ni tak suka pakai mask. Rimas la tu.

Risau aku dengan bebudak ni. Setakat ni, Alhamdulillah... kesihatan diorang tak terjejas dek jerebu. Tapi, sebagai pre-caution, aku belikan mask kaler pink ni, nak suruh diorang pakai mask gak.





Mau gak la diorang pakai. Tapi, kejap je. Lepas tu, cabuttt... 
Huhuhuuu....

Sunday, September 27, 2015

Shah Alam jerebu teruk

Kami balik Subang malam ni gak. Nak ngelak jamm esok r kononnya. 

Kalau ngadap jamm malam ni, sekurang-kurangnya esok boleh rehat lagi.

Kereta banyak malam ni, tapi tak jamm. Keadaan jalan agak berjerebu, tapi tak tebal sangat


Tapi, sampai je kat Plaza Tol Ijok, kami terkejut tengok keadaan jalan dengan jerebu yang agak tebal. Ingatkan kat kampung da habis tebal. Rupanya kat sini lagi tebal.


Jarak penglihatan lebih kurang 500meter je rasanya.


Esoknya, bila aku check tengok IPU, tu dia... da 272.

Dan tengahari ni Kementerian Pendidikan telah mengumumkan sekolah dicutikan.








Sedapnya sayur umbut kelapa


Umbut kelapa... masa kecik-kecik, selalu balik kampung, selalu la makan benda ni.

Sekarang, da susah nak jumpa. Kalau takde kenduri kawen, tak merasa la jawabnya.

Ni, mak mentua aku dapat, lebih dari rumah kenduri. Abang ipar aku, abang Lana yang tolong siangkan.

Sedap weiiii... umbut masak lemak. Pergghhhh!


Selamat Pengantin Baru sepupu mysayang, Iera

Malam ni, ada acara akad nikah. Hahaha...tak tahu pulak aku, aku tak bawak baju yang sesuai. Terpaksa la aku lari kejap ke Simpang 4, cari baju. Nasib baik ada.

Katanya, acara start lepas Isyak. Aku sampai pukul 9.00pm. Acara masih belum bermula. Bayang pengantin lelaki masih tak nampak.

Dalam pukul 9.44pm, barulah rombongan pengantin lelaki tiba.

Hantaran dari pihak perempuan


Pelamin..simple je

Acara dimulakan dengan majlis pertunangan. Sesi pertukaran hantaran dan sarung cincin pertunangan pun berlangsung.







Bergambar dengan mak mertua

Selesai bertunang, diteruskan pula dengan majlis aqad nikah. Tok kadi da lama menunggu.

Wajah berdebar pengantin lelaki


Wali dan saksi



Dengan sekali lafaz, Iera sah menjadi isteri orang. Alhamdulillah...

Kemudian upacara pembatalan air sembahyang.






Esoknya pulak majlis resepsi. Pasangan pengantin pakai kaler coklat.


Semoga Iera dan suami berbahagia ke akhir hayat.