Saturday, July 29, 2017

Da jumpa teh ais sedap


Sebelum ni, mission aku nak cari teh ais sesedap teh di Hatyai...masih menemui jalan buntu.

Tapi... akhirnya pencarian aku berakhir juga bila aku pergi ke Pasar Malam Paya Jaras. Terjumpa gerai ni.


Sedap! Lemak berkrim! Sampai aku lupakan kesedapan teh ais di Hatyai. 

Ada dua jenis teh, teh ais kaw dengan Thai Iced tea. Aku prefer teh Thai.
Bley pilih tambah bubble lagi. Harga sama je ada bubble ke tak. Yang kecil RM3, hat yang besar pula RM5.



Ok... mission accomplished!





Main-main kat Star Avenue



Selesai majlis, the gegirls ni bodek nak ajak jalan-jalan ke Star Avenue pulak. Hahahaa.. okey, aku ikutkan saje sebab takde benda nak buat time ni pun.





Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 5 SK Subang Bestari




Pagi Sabtu nih... biasanya boleh golek-golek kat tilam lagi. Tapi pagi ni aku ada program kat sekolah rendah.




Majlis permuafakatan ibu bapa Tahun 5... program untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa bakal pelajar UPSR tahun hadapan.


Antara yang dibincangkan... program-program yang akan dijalankan untuk pelajar menghadapi UPSR, juga kos-kos yang bakal ditanggung oleh parent.

Bagus guru besar Sekolah Kebangsaan Subang Bestari ni, Encik Lutfee. Da siap siaga segala plan untuk UPSR tahun depan.  Kami sebagai ibu bapa akan menyokong segala apa yang pihak sekolah akan lakukan dan cuba yang terbaik bagi menjayakan program ini nanti, InsyaAllah.









Friday, July 28, 2017

Rutin ke Flipout Kota Damansara




Mengikut perjanjian antara mama dengan the kids, 2 minggu sekali mama akan bawa diorang ke Flipout Kota Damansara.


Mama pun kotakanlah janji mama. Dengan syarat diorang kena kumpul duit untuk bayaran masuk ke situ.

Diorang suka sangat main trampolin. Tambah-tambah Shahir, sebab disitu dia boleh belajar skill-skill parkour yang baru. Mama menyuruh pun tak, menghalang pun tak. Cuma mama harap, Shahir tahu mana perkara yang patut diutamakan.




Burger hitam Korea McDonalds




Tadi kat KLIA bebudak ni nak makan McDonalds, tapi takde masa. So, kami sambung la kat sini... Mc Donalds Kota Damansara.


Aku nak try burger Korea hitam yang viral tu. Semua kawan-kawan sibuk dok upload post pasal makan burger ni, so aku pun nak try la jugak.


Sedap... okeylah. Agak spicy, tapi ok. Cuma crisscut fries dia tu, kalau lembut macam fries biasa lagi ok kot.. pada aku la. Takpe, janji aku da try.



Farewell Kak Ros!



Hari ni Kak Ros da nak balik ke US. Flight pukul 3.30pm. 

Kami semua pakat nak hantar ke KLIA, sebab plan asalnya hanya aku dengan Kak Meen je yang hantar macam masa mula-mula jemput dia hari tu.

Tup-tup mak dengan apak pun nak ikut hantar sekali, walaupun diorang sebenarnya dah tak larat. Tapi tu lah...diorang risau nanti tak dapat jumpa lagi, tu yang gagahkan jua diri tu nak ikut hantar ke airport. Takpelah anak-anaknya... layankan aje.


Sementara menanti masa nak boarding, kami berkumpul di McDonalds KLIA.


Abang Cik ngan Kak Su pun ada...datang dari Manjung.








Part yang paling aku tak larat nak hadap, saat nak ucapkan selamat tinggal...memang babak air mata. Huhuhuuuu...




Selamat jalan Kak! InsyaAllah..panjang umur, bulan November kita jumpa lagi.




Rezeki




Seronok habis the kids ni bila Mak Andak bagi diorang duit beli McDonalds. Padahal tadi dah makan dah. Hahahaaa... rezeki jangan ditolak.



Thursday, July 27, 2017

Lunch di Nyonya Colors




Selesai sesi berurut, hahahaa..part yang paling kami suka..makan makan dan makan. Nyumm..nyumm..

Kami decide nak makan kat restoran Nyonya Colors, 1st floor Empire Shopping Centre.


Sedap-sedap gak. Kami makan mee kari, mee rebus, roti jala kuah kari, bihun Thai ngan kuih-muih Nyonya.




Ais kacang dia sedap sangat. Puas hati.




Masa untuk manjakan diri.




Wahhh... bestnya ada orang nak belanja kita berurut. Aku memang tak tolak r. Heheheee...

Destinasinya... Thai Oddysey, Empire Shopping Centre, Subang. Kak Meen dah booking sejak kelmarin.

Kami pilih aromatherapy massage iaitu urut pakai minyak. Errr... total yang Kak Meen bayar untuk 3 orang massage, RM3++. Gulp!


Mula-mula kena pilih minyak. Aku pilih relaxed oil iaitu minyak yang berasakan lavender. Bau dia pun sedap.


Sebelum masuk ke bilik urut, kaki kami dibersihkan dahulu.




Fuhh.. sejam kena urut. Ada yang syok, yang sakit pun ada. Tapi lepas tu, memang lega gak la. 




Spa treat for Kak Ros...and me. Hehehee...





Girls day out gitchew! Hahahaa...

Sebelum balik ke US, Kak Meen nak belanja Kak Ros Ke spa. Aku pun menumpang tui kata orang tua. Heheheee...



Tak sabar nak bermassage.
Heheee...






Wednesday, July 26, 2017

Bawa apak ke Ara Damansara Medical Centre




Kak Ros dengan Ngah Zam memang berusaha nak pastikan apak pulih seperti dahulu. So Ngah Zam da set appoinment dengan doktor pakar di Ara Damansara Medical Centre untuk mengetahui apa punca sebenar apak tak boleh berdiri.




Sedih bila dapat result doktor. Harapan untuk apak pulih seperti dulu amat tipis. Tapi Kak Ros dengan Ngah Zam tetap tak akan putus asa. Diorang akan cari rawatan di luar negara.

Kami hanya mampu berdoa untuk apak.



Monday, July 24, 2017

Aku Negaraku



Jenuh la anak-anak kena hafal lagu baru masa perhimpunan. Hahahaa..

Bab menyanyi, bebudak ni memang suka sangat la kann.