Wednesday, September 28, 2016

Hospital Kusta Sungai Buloh



Pada aku, hospital lama Sg Buloh ni yang juga dikenali sebagai hospital kusta, ia memang unik. Sangat klasik! Dan seram juga..hehehe...



Shahir pernah ditempatkan di wad disini tahun lalu, ketika dia diserang jangkitan kuman dalam perut.

Walaupun dah ada hospital baru diseberang jalannya, hospital lama ni masih digunakan dan diberi nama PKKN (nama penuhnya aku tak sure 😬)



Sunday, September 25, 2016

Last day di Istana Budaya



Hari ni last day untuk Konsert 3 Suara di Istana Budaya. Maknanya hari terakhir untuk kami promosikan perfume Zamani Slam ' Tambatan Hati' disitu.

Pintu masuk utama Panggung Sari

Pukul 6pm kami da terpacak kat depan pintu masuk utama Panggung Sari Istana Budaya. Sambil tu ambil kesempatan untuk bergambar. Hehehee...

Terang lagi masa ni...kami sampai awal


Sedondon plak

Macam berjanji plak aku ngan Sasha ni. Tetiba nak pakai baju belang-belang ngan tudung hitam.


Show bermula jam 9pm. Bila show da start, kami pun rehatlah selama 2 jam lebih. 

Menanti show habis, wefie la

Oleh sebab last day ni, kami buatla offer pek kombo ni. Rugi sape yang tak beli.


Alhamdulillah... sale hari ni amat memberangsangkan. Semoga ianya berterusan untuk event-event yang akan datang. Aminn!


Saturday, September 24, 2016

Majlis Aqiqah Aluna Calista Nabil





Da make up santek-santek ni..kita nak ke majlis meraikan baby Nabil, Aluna Calista. Ala-ala berendoi, tapi takde buaian. Hanya majlis kecil untuk keluarga sahaja. Lebih kepada majlis kenduri kesyukuran.

Kak Tim baru pindah ke Ukay Perdana. Cantik rumahnya.

Majlis bermula jam 12pm. Kami tiba di rumah Kak Tim, ibu Nabil, jam 10.30am.

Majlis dimulakan dengan nyanyian selawat ke atas Nabi.





Then... MAKAN TIME!!!


Sedapnya masakan kambing. Nabil ambil catering Ruzz Aladin. Kami pernah makan di restorannya di sebelah Hotel Flamingo Ampang. Memang sedap.



Seterusnya... biarlah gambar berbicara...

Me, Shasha and Kak Min

Adele with her mum.

Aluna with atok

Aluna ngan gojes Nenda

Aluna with daddy

Aluna with mommy

Turn Opah Cu plak.

Opah Cu and Tokcu with Aluna

The Neneks

Lama gak kami melepak kat rumah Kak Tim. Selesai tapaw menapaw, kami pun beransurlah pulang.

Kak Min, Kak Tim and me


Siap tapaw hokey!

Bergambar kenangan sebelum pulang.



Friday, September 23, 2016

Menjahit semula




Setelah sekian lama tak bekerja ngan mesin jahit, akhirnya aku kembali menjahit, sempena sambutan hari Malaysia di sekolah anak.

Aku tak tido malam sebab jahitkan baju Aina, tapi bila time nak pergi sekolah, dia boleh cakap, dia tak nak pakai. Aduhhh.. okey, aku merajuk jap.

Airis tak dapat sertai tahun ini sebab dia kedemaman. So, hanya Sara je la yang dapat pakai baju yang aku buat. Aku buatkan dia baju kimono. Alhamdulillah dia suka, dan katanya ramai yang puji dia cantik kat sekolah tadi. Yeay... Mokde seronok!


Wednesday, September 21, 2016

Konsert 3 Suara di Istana Budaya


Alhamdulillah...diberi ruang untuk meniaga di Istana Budaya. Aku ngan mySayang adalah stokis sah perfume Zamani Slam 'Tambatan Hati'.

So, kali ini kami diberi kesempatan untuk mempromosikan perfume tersebut kerana bermula hari ini, Zamani Slam terlibat dengan Konsert 3 Suara bersama  Jamal Abdillah dan juga Ameng Spring. Harap rezeki bersama kami.


Sepatutnya, kami dibenarkan memulakan jualan mulai jam 6pm. Tapi kami lewat tiba ke Istana Budaya. Jam 7.30pm baru kami sampai. Huhuhuu..

Design by me

Booth kami



Pukul 7pm, orang ramai sudah mula memenuhi ruang legar Istana Budaya.



Show bermula jam 9pm. Bila start je show, kami pun takde kerja. Pe lagi? Layan konsert r. Ada pass kan. Ajomm...

Tu dia pentasnya...havoc. Jauh tak seat kami? Huhuhuu

Dato Jamal Abdillah tetap bertenaga

Persembahan abang adek, tetap best!

Lagu Ameng banyak kenangan.

Adik Dato Jamal, Jamilul Hayat pun buat persembahan.

Perghhh... suara diorang memang superb. Kagum!
Konsert ni best sesangat! Suara diorang best, sound ngan lighting pun gempak, lagu-lagu pun, semua mengulit kenangan. Ececeee...

Nora bagi 5 bintang!!!