Tuesday, January 24, 2017

Kampung banjir



Malam tadi aku diberitahu, rumah mentua dinaiki air. Agak kelam kabut jugak la orang tua tu, tak sabar nak balik rumah.

Pagi ni mysayang balik kampung untuk jenguk keadaan. Tapi, mak pak dia pun nak balik sekali. 

Aduh... kami faham diorang risau dengan keadaan rumah diorang. Tapi, balik sekali? Dengan keadaan uzur camtu? Sian kat mysayang...nak kena handle mak ngan pak dia lagi, nak angkut barang bawak ke rumah atas lagi, penat travel lagi...

Bertimbang rasa la sikit... Walaupun sepatutnya ni tanggungjawab abang-abang yang tua, tapi fikirkan mak pak, dia sanggup balik tinggalkan anak bini..pun tak nak bertolak ansur? Bukan tak boleh nak bawak balik rumah diorang, tapi biarlah lepas banjir redha. Kami nak mudahkan kerja orang...tapi orang tak nak bantu mudahkan kerja kami. Sedih la camni...



Monday, January 23, 2017

Repeat Keria montok gula melaka lagi


Teringin plak. Bahan-bahan dah ada. So aku mengerialah lagi. Hmmm...dap dap...





Sunday, January 22, 2017

Mendobi

Balik dari party birthday cucu, nak mendobi baju sekolah pulak. Penat weii

Aku lebih suka gi dobi self service dari cuci kat rumah sebab aku rasa meain dobi tu basuh lagi bersih. Plus siap pengering lagi so tak payah nak jemur bagai. Senang! Tapi tu la... nk kena luang masa kat situ la pulak. Dalam sejam gitu.


Lagi satu bestnya... aku tak pegi sorang. Mysayang tak bagi. Dia sanggup teman, tolong lipat. Rasa disayangi sesangat. Ececeeee...






Birthday cucu, Khalish



Happy Birthday yang pertama buat Khalish. Kejap je dah setahun. Rasa macam baru je dia lahir.

Sebenarnya, tarikh lahir Khalish jatuh pada 6 Januari 2016, tapi mommy dia buat lambat sket.

Khalish adalah anak kepada anak kedua, abang ipar sulung aku.

Majlis diadakan di Setapak Central (Nama premis tu aku da lupa .Ngehehee...) Majlis bermula pukul 1pm. Kami sampai lambat sikit. Majlis potong kek pun da lepas. Takpelah...janji kami sampai gakkan? Hehehee...

Baby meragam sebab kepenatan.

Dah kena potong dinosour nya. Huhuu..

Khalish ngan papa

Khalish ngan papa, mommy, atuk n opah.


Antara tetamu


Tetamu gak


Hidangan tengah hari tu


Shahir suap atok sebab atok susah nak makan sendiri


Me with my gedikz biras


Seronok bebudak ni...kecik-kecik tak rasa.



Mama ngan abah pun nak berendam gak dalam bola ni. Huhuuhuuuuu....






Saturday, January 21, 2017

Karipap Gergasi Kuala Selangor



Suka singgah beli Karipap Gergasi kalau lalu Kuala Selangor. Sedap!

Tapi, ada sekali aku beli Karipap Gergasi Cheese kat depan Petronas Skypark Subang, sedap nak arwah. Tapi, tu sekali je jumpa. Lepas tu nak beli lagi, dah takde dah,. Huhuhuuu... kempunan.





Hantar mommy balik Teluk Intan



Hari ni mommy minta aku hantar dia balik rumah dia. Rindu la tu.

Kami bertolak dari Shah Alam pukul 1pm. Ikut jalan lama, jalan Kuala Selangor.




Dah pukul 2pm, kami masih belum lunch. So, kami singgah ke sebuah restoran tepi jalan besar, nama dia Restoran Dinding Gelas Besar kalau tak silap.


Macam-macam ada kat sini.

Waffle chocolate filling, anak dara yang order ni.


Teh tarik berbuih milik mommy


Nasi ayam milik MakYang


Laichikang milik aku. Hehehee..


Nasi Goreng Kampung telu mata, aku punya gak


Nasi ayam masak paprik, kepunyaan mysayang
Overall..masakan kat sini, not bad. Aku bagi 6/10 bintang. Cubalah ye.






Top up henna


Warna inai kat jari da start memudar. Top up sket...biaq maintain.

Bukan nak melawa sangat, tapi pepaham je la suri rumah macam aku ni... buat kerja rumah, mengemas memasak sampai rosak kuku. Lelagi kalau mengunyit...tinggal warna kat kuku. Huhuhuuuu..





Friday, January 20, 2017

Cuci mata ke Uptown Kota Dame



Saje jalan-jalan sambil cuci mata sambil cuci mata. Niat asalnya, aku nak bawak bebudak gi Flipout Kota Damansara. Tapi, oleh kerana sampai kesitu pun dah jam 11pm, rasa macam rugi plak main sekejap. So, kita melencong la ke Uptown Kota Dame.

Nak singgah Ustaz, tapi parking penuh semcam. Cam pelik sikit, selalu pun takde la macam ni.

Oooo... baru teringat. Hari ni kan Piala Sumbangsih JDT lawan Kedah. Penyokong JDT siap bawak gendang bagai, lepak ramai-ramai kat restoran sebelah kedai Ustaz tu. Heheheeeee...      





Saturday, January 14, 2017

My Keria Montok Gula Melaka


Haaaa... kali ni baru berkesempatan nk cuba buat keria viral. Jumpa pulak ubi keledek putih.

Meh saya share resepi yang saya dapat dari FB. Jadi...cantik molek dan yang paling penting, SEDAP DAN MUDAH.

KERIA MOTOK GULA MELAKA

Bahan-bahan:
500g ubi keledek putih (direbus dahulu)
3/4 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam.
1 sudu kecil baking powder

Bahan utk sira:
150g gula melaka
1 sudu besar gula putih
1/4 cawan air


Cara memasaknya:

1.) Lenyek ubi yang telah direbus tadi. Pastikan hancur.


2.) Masukkan tepung, garam dan baking powder ke dalam bekas ubi tadi.

3.) Gaul sehingga sebati menjadi doh.


4.) Bentukkan menjadi bentuk kuih keria.


5.) Goreng hingga keperangan.


Tu dia rupanya lepas angkat dri kuali.


Nak buat sira gula melaka pula...

1.) Campurkan gula melaka, gula putih dan juga air ke dalam kuali. Masakkan hingga menjadi pekat likat.


2.) Sudah cukup pekat, barulah masukkan keria tadi. Gaul rata, then angkat. SIAP SUDAH..


Taraaa... senang kan? Sedap weih. Ketagih plak rasanya. Ok, nak buat lagi.


Silalah cuba!

Tuesday, January 10, 2017

Jelaga


Aduhhh... baru seminggu sekolah, mukaku berjelaga. Huwaaaa....





Sunday, January 8, 2017

Cucur Bawang


Antara benda yang aku rajin masak... Cucur Bawang. Sedap dan mudah. Aku masak banyak sebab rumah aku ramai orang.

Meh aku kongsikan resepi ye. Ini sukatan untuk sekilo tepung. Ngehehe..

CUCUR BAWANG KAK SHAZZ

Bahan-bahan:
1 bungkus tepung gandum
5 biji telur
10 biji bawang besar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Air sejuk (ikut keadaan, nak lembik atau keras)

Cara-cara:
1.) Hiris nipis bawang besar.
2.) Pukul telur bersama garam.
3.) Masukkan tepung dalam bekas bancuhan. Masukkan serbuk kunyit.
4.) Masukkan telur yang dipukul tadi. Then, masukkan bawang.
5.) kemudian tambah air sejuk. Bancuh ikut suka anda.
6.) Goreng dan sedia dimakan.







Saturday, January 7, 2017

Zicco - ahli baru



Meet our new family, Zicco.

Baru jumpa. Sebelum ni aku da janji taknak tambah kucen lagi. Tapi aku tak sampai hati tengok anak kucen mengiau kat tepi jalan. Risau kena langgar. 

Aku memang tak boleh tengok stray cat. Aku mesti nak kutip. Masalahnya, kat rumah ni pun da ada 13 ekor. Hahaha..

Mysayang yang bagi nama dia Zicco. So far, takde problem. Da jadi kesayangan mysayang. Huhuhuuu










Friday, January 6, 2017

Aina nak jadi pelakon ke?



Tidaaakkkkk.....

Aina usik make up mama. Habis la lip gloss mama.