Monday, April 30, 2018

Cuci rumah



Da lama tak kemas rumah kaw-kaw. Niat utama nak kemas bilik anak bujang.Niat da lama dah, tapi hati tak berapa nak kuat untuk masuk ke bilik tu sejak arwah Azwan meninggalkan kami. Terbayang dia dimana-mana.

Terpaksa lah kukuatkan hati, demi anak-anak yang lain. Bayangkan lah tebal mana habuk dan sawangnya bila dah setahun tak diusik.


Banyak juga barang-barang yang dikumpul, dan perlu dibuang. 2,3 trip gak la untuk pergi buang ke rumah sampah. Alhamdulillah... da selesai kemas.





Friday, April 27, 2018

Bilik setahun tak usik



Tak boleh nak masuk ke bilik ni sebenarnya. Hati aku masih tak kuat.

Tapi kena gak memandangkan adik-adik yang lain juga menggunakan bilik tu. So, terpaksalah juga aku tempuh. 

Punggah yang mana dah tak berkenaan, semua aku kutip dan buang. Banyak gak la sampah yang dikumpul.

Dan, aku terjumpa album lama arwah, hadiah pemberian temannya Ira. Mulalah kakak aku mengalir air mata. Rasa bersalah pulak aku punggah bilik tu.


Kebetulan pulak, masa tu kat TV tayang muka Haqim Rosli. Arwah memang minat lagu-lagu beliau. Mak-mak saudara pun cakap muka arwah ada iras-iras Haqim. Aduh... hujan air mata petang tu...




Si nakal mama, Zicco



Tengah sibuk-sibuk mama kumpul barang, si Zicco ni masuk dalam bakul ni. Dia ingat dia kecil gamaknya. Nasib baik comel. Ngeheee....



Apak jalani terapi home nursing


Salah satu usaha kakak dan abang ngah mySayang. Diorang nak tengok apak pulih dan ada perkembangan positif walaupun sikit. 

Selagi terdaya dan mampu, kita jagalah parent kita, cuba balas jasa mereka dengan berbakti kepada mereka, selagi mereka masih ada. Luangkan masa untuk mereka pun dah cukup bermakna bagi diorg. 


Thursday, April 26, 2018

Anak Siyam batch ke berapa ntah...


Comel je! Ni aku kidnap jap bawak masuk bilik. Da lama takde baby cat kat rumah ni. Dapat plak yang manja camni.

Siyam pun selalu beranak. Tapi anaknya susah nak panjang umur, tak tahu kenapa. Takpelah...selagi terdaya, kita sayang dan tolong lah stray cat ni. Kalau tak suka pun, janganlah seksa atau berlaku kejam terhadap haiwan ni kerana ia juga makhluk Allah.


Aina minat mewarna


Aina memang menyerlah bakat mewarnanya. Selalu dapat hadiah dari cikgu kalau ada pertandingan mewarna.



Kali ni dia dapat hadiah beg sebab mewarna tercantik perempuan tanpa menggunakan magic colour. Good job kakak!


Good Luck abang dengan exam PISA



Hari ni Shahir akan menjalani ujian untuk program PISA. Kiranya dia bersama 33 pelajar yang lain jadi bahan ujikaji terhadap keberkesanan atau relevannya perlaksanaan KBAT di sekolah. Semoga berjaya abang!




Kenangan Airis menari hindustan


Terjumpa gambar ni kat akaun Google Photo aku. Tahun 2013... Airis buat persembahan lagu hindustan kat tadika.


Omey je diorang. 

Wednesday, April 25, 2018

Bila nama lebih kurang sama


Inilah masalah yang selalu kami adik beradik hadap sejak zaman persekolahan. Nama semua lebih kurang, kekadang orang terlepas pandang.


Hahahaa... bertabah la ye B. Rindu awak gak!



Sunday, April 22, 2018

Kelas 'Raindrop Technique'


Semua angkara biras aku, aku terjebak dengan essential oil (EO). Aku suka dengan EO, walaupum harganya agak mahal bagi aku rakyat marhaien ni. Paling suka minyak untuk allergik dan fokus. Aku dengan anak-anak cukup serasi.

Alang-alang dah terjebak dengan EO ni, biras aku daftarkan aku untuk kelas massage khas menggunakan EO. Amboi... siap tolong bayarkan untuk aku lagi. Love you, my darling biras. Muahciked....


Kelas ni anjuran team pelakon dan pengarah Melissa Saila, dan di ajar oleh Kak Sham. Kak Lis sangat positif dan ceria.


Foldable massage bed juga disediakan. Khabarnya, harga foldable massage bed ni mencecah RM800 gak. Fuyoooo...




Kak Sham ni da jadi tukang urut profesional Essential Oil berpengalaman hampir 3 tahun. Menurut beliau, harga untuk servis Raindrop Technique ni antara RM100 ke RM250 per sesi. Kalau kita serius buat sumber pendapat, Insya Allah boleh menjana kewangan.


Banyak ilmu yang aku dapat hari ni. Walaupun aku masih tak dapat tangkap teknik yang betul, aku mesti berlatih lagi. Seronok jumpa kawan-kawan baru yang positif. Kebanyakan diorang anak seni.


Yang paling bestnya... diorang kaya makan. Punyalah banyak makanan. Sedap-sedap pulak tu. Terutamanya Vietnamese Roll ni, aku baru 1st time cuba. Sedap dan menyihatkan.


Belajar satu kelas dengan pelakon Vanidah Imran... sangat senang dengan keperibadiannya. Tak sombong buat aku selesa bergaul dengan dia. Dah la berlakon pun power!


Okey... tunggu je kelas yang berikutnya. InsyaAllah... ada rezeki, aku join.






Wednesday, April 18, 2018

Seni... tak pernah tak minat





Semalaman aku belum tidur. Semangat nak siapkan kerja sekolah Airis. Dia kena buat jambatan untuk subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4.

Sebelum ni aku da pernah buatkan jambatan untuk anak buah aku, Redza. So, xde masalah nak buatkan untuk Airis. Ini lah hasilnya.

Tadaaaaaaaa......







Keesokannya, anak buah aku si Sara pulak minta tolong aku buatkan dia keris siap sarung. Dalam 2 jam, siaplah keris tu. Nah....


Tuesday, April 17, 2018

MIL tak sihat




Pagi-pagi ni, Whatsapp mySayang... dia bagitahu, maknya tak sihat, tak bangun katil..lemah sebab muntah dan ceri beri.

Bergegas aku pergi rumah diorang. Aku tengok mak terbaring je kat katil..lemah. Maybe sebab air dalam badan da banyak habis akibat ceri beri tu.

MySayang da call abangnya untuk bawa mak ke hospital. Aku pun tolong lah mandikan mak. Bukan tak biasa buat kerja camni, cuma sebelum ni aku uruskn mak aku je. Ni first time mandikan mak mentua.

Aku okey je, cuma hati tersentuh bila bayangkan keadaan aku nanti bila da tua dan sakit macam mak. Ada ke yang sanggup nak jaga aku? Huhuhuuu...

Sementara mySayang dengan abangnya bawak mak ke klinik (hospital jauh plus masa agak lama), aku stay dengan apak... teman apak. Semoga mak dan apak dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Amin...


Sunday, April 15, 2018

Sebulan tak jumpa Shahir


Mama rindu kat abang!

Salam Isra' Mikraj semua! Kalau ikut kalendar Islam, hari ni genap usia Shahir 16 tahun. Da sebulan tak jumpa dia. Rindu..tak tahu nak cakap la. Berbakul-bakul. 

Kami plan nak ke Kluang hari ni. Nak pergi jenguk Shahir. Bertolak pukul 10.30am. Agak lambat sebab aku sempat goreng cucur bawang untuk Shahir.





Sampai Kluang dalam pukul 1.30pm. Sian Shahir... lama dia tunggu.

Bawak dia pergi makan di McDonalds, then beli barang bekalan yang dah habis kat Econsave Kluang. Kena sampai asrama sebelum pukul 5pm. 


Jumpa kejap pun, jadilah. Alhamdulillah dia nampak sihat dan happy.






Mengundi di Teluk Intan


Tetiba rasa nak check daftar pemilih. Ye la.. kot-kot tetiba mySayang dan parent dia nak balik mengundi.

Sebelum ni memang takde masalah kalau nak pergi mengundi. Aku daftar mengundi di kawasan Bagan Datuk. 


Tetiba check, tengok aku da kena tukar mengundi kat kawasan rumah mak aku. Tetiba boleh tukar kawasan. Pelik gak... tapi takpe. Aku okey je. 


MySayang masih kekal mengundi di kampungnya bersama parent dia. Aku je la yang tercampak ke Teluk Intan. Berpisah kejap la kami.






Friday, April 13, 2018

Penangkap lipas


Dayang dah ada kemajuan. Sekarang da boleh diharap untuk tangkap lipas, lalat dan cicak. Tak padan dengan tangan pendeknya.


Satu masalah kalau dia dah berjaya tangkap lipas, dia suka gonggong lipas dan bawa merata-rata rumah. Huhuhuuu

Pastu dia ajak Zicco bertag team dengan dia plak.




Dampai lunyai gak la lipas tu diorang kerjakan.


Thursday, April 12, 2018

Tiga Budak Hitam


Selamat pagi sunshine!

Nak bukak langsir, budak tiga ekor mi menghampiri aku sambil bertenggek kat kerusi. Omey je...