Sunday, September 27, 2015

Shah Alam jerebu teruk

Kami balik Subang malam ni gak. Nak ngelak jamm esok r kononnya. 

Kalau ngadap jamm malam ni, sekurang-kurangnya esok boleh rehat lagi.

Kereta banyak malam ni, tapi tak jamm. Keadaan jalan agak berjerebu, tapi tak tebal sangat


Tapi, sampai je kat Plaza Tol Ijok, kami terkejut tengok keadaan jalan dengan jerebu yang agak tebal. Ingatkan kat kampung da habis tebal. Rupanya kat sini lagi tebal.


Jarak penglihatan lebih kurang 500meter je rasanya.


Esoknya, bila aku check tengok IPU, tu dia... da 272.

Dan tengahari ni Kementerian Pendidikan telah mengumumkan sekolah dicutikan.








Sedapnya sayur umbut kelapa


Umbut kelapa... masa kecik-kecik, selalu balik kampung, selalu la makan benda ni.

Sekarang, da susah nak jumpa. Kalau takde kenduri kawen, tak merasa la jawabnya.

Ni, mak mentua aku dapat, lebih dari rumah kenduri. Abang ipar aku, abang Lana yang tolong siangkan.

Sedap weiiii... umbut masak lemak. Pergghhhh!


Selamat Pengantin Baru sepupu mysayang, Iera

Malam ni, ada acara akad nikah. Hahaha...tak tahu pulak aku, aku tak bawak baju yang sesuai. Terpaksa la aku lari kejap ke Simpang 4, cari baju. Nasib baik ada.

Katanya, acara start lepas Isyak. Aku sampai pukul 9.00pm. Acara masih belum bermula. Bayang pengantin lelaki masih tak nampak.

Dalam pukul 9.44pm, barulah rombongan pengantin lelaki tiba.

Hantaran dari pihak perempuan


Pelamin..simple je

Acara dimulakan dengan majlis pertunangan. Sesi pertukaran hantaran dan sarung cincin pertunangan pun berlangsung.







Bergambar dengan mak mertua

Selesai bertunang, diteruskan pula dengan majlis aqad nikah. Tok kadi da lama menunggu.

Wajah berdebar pengantin lelaki


Wali dan saksi



Dengan sekali lafaz, Iera sah menjadi isteri orang. Alhamdulillah...

Kemudian upacara pembatalan air sembahyang.






Esoknya pulak majlis resepsi. Pasangan pengantin pakai kaler coklat.


Semoga Iera dan suami berbahagia ke akhir hayat.






Saturday, September 26, 2015

Balik kampung

On da way balik kampung mysayang. Sepupu dia nak kawen. Yeay! Da lama tak makan lauk pengantin.


Balik bawak anak buah 2 orang, Redza dan Sara. Diorang tak kemana cuti-cuti ni. Aku angkut la sekali.


Best la budak-budak ni, jadi budak kampung memang seronok.

Friday, September 25, 2015

Salam Aidil Adha

Salam Aidiladha buat semua muslimin. Kami beraya kat sini je, bersama mummy dan juga family kakak aku.

Macam biasa...aku jadi chef untuk masak juadah pagi raya. Hahahaa...aku tido pukul 4am oke.

Assistant-assistant chef cilik sentiasa sudi membantu
Anak-anak la yang paling excited sekali. Diorang tak sabar nak tengok orang tumbang lembu. Nak rakam kata diorang. Hahahaa...gasak.

Da ready nak tengok orang sembelih lembu. Bubye!
Taraaa... inilah juadah kami di pagi raya. Semua aku masak sendiri, kecuali kuih Bahulu, kuih Batang Buruk dan lemang yang kami beli di tempat biasa kami beli di Kampung Melayu Subang.




Wednesday, September 23, 2015

IOS 9... Giler lama

Adoi... Hasrat hati nak upgrade ke IOS 9, tapi ntah nape tak boleh. Da banyak kali cuba, tapi tak lepas-lepas. Masuk dua hari aku cuba, pun tak boleh.
Hampa!



Ada kawan yang pergi Apple Centre bagitaw, diorang punya perisian da kena hack dan diorang masih dalam proses membaik pulih. 

Okeylah...kemudian baru download nampaknya. Huhuhuuu...


Tuesday, September 22, 2015

Siap dah 'MonopoLieza'

Suka sangat main Monopoly. Tetiba terfikir nak buat sendiri monopoly. Nah... ni hasilnya....



Best! Anak- anak ngan anak buah pun suka! Nanti nak upgrade lagi ke atau buat yang lain plak. Yeay!

Friday, September 18, 2015

Appointment mak ke Klinik Ofthalogy Hospital Sg Buloh


Pagi ni mummy ada appointment pukul 10 pagi untuk check mata. Saya da sedia!


MySayang nak ikut plak. Ok, jom!


Appoinment pukul 10am, kami sampai pukul 9.30am. Letak kad, pastu diorang suruh register kat depan. Ok, takpe. Register pun bukannya lama sangat sebab warga emas.
MySayang belum sampai-sampai lagi sebab tak jumpa parking.
Pukul 12.45pm, barulah nombor mummy dipanggil. Tak giler ke...3 jam menunggu beb. Sabor kan lah aku ni.


Masuk bilik doktor..menyakitkan hati betul tonasi doktor praktikal tu. Boleh plak dia tanya sakit apa. Memang soalan minta penampar. Dah la suara jenis pitch tinggi. Banyak ko kena belajar, dik. Sia-sia je kena maki ngan patient.

Da la 3 jam menunggu, dengan cara doktor yang menyakitkan hati, memang aku da rasa macam nak hilang sabar. Dia titiskan 3 jenis ubat dalam mata mummy dan suruh kami menunggu lagi untuk 1/2 jam. Sabor je lah aku ni.

Lepas da 1/2 jam, kami masuk semula ke bilik doktor. Cara dia examine mummy pun da tahu dia doktor praktikal. Nasib baik depan dia ada doktor senior memerhatikan, kalau tak, kami pun tak confident.

Selaput di mata kanan mummy dah teruk. So, doc da bagi date untuk operation iaitu pada 19 November 2015. Dengan kos lens yang perlu ditanggung RM816. Alhamdulillah, mummy tak perlu tunggu lama. 


Tuesday, September 15, 2015

Cuti akibat jerebu


Malam tadi, jerebu di Kuala Lumpur dah mencecah paras bahaya 200. Kat Shah Alam ni pun dah cecah 17+. 



Anak-anak sekolah telah dicutikan hari ni. Elokpun... Sesak rasanya hidu udara tak segar. Harap semuanya kembali pulih seperti sediakala.



Monday, September 14, 2015

IMA Home Bakery


Masa sukan tadi, ada sahabat aku buka gerai jualan di situ. Namanya Ima. Dia jual cupcake dan kuih talam.



Sedap talam cendol dia.

Okey, sesape yang nak try, bolehlah 'Like' page dia, 'Ima Home Bakery'. Selain kuih tepung talam, dia ada mengambil tembahan kek harijadi. Bila takde tempahan, dia ada buka gerai kat depan MyMydin Subang Bestari. Cubalah ye.


Sunday, September 13, 2015

Yeay! Glory...glory...


Malam ni mysayang ajak aku temankan dia menonton aksi Manchester United menentang Liverpool. Kami menonton di Suria Teh Tarik, Subang Bestari.

Perlawanan menarik sebab masa ni la team nak tayang player baru masing-masing.

Menonton sambil menikmati roti tisu bersama teh tarik, perghh... layan gak la.

Nasib baik menang. Glory... glory! Yeah!!!




Saturday, September 12, 2015

JJCM : Suria Foodcourt, The Store Sg Buloh

Jerebu melanda. My sis Ila ajak aku bawak dia ke SB Mall Sg Buloh. Nak cari fon katanya.


Selesai cari fon, kami isi perut kat Suria Foodcourt. Aku makan yee mee bertelur. Okeyla...bley tahan.


Aku beli air Passion Fruit. Sedap!


Makan eskrem Milk Oreo. Hahahaa... ternak lemak r aku. Aduh...


Lepas da makan sampai kenyang, jom menjaring bola. Biar makanan tadi turun cepat. Hahaha... nasib tak muntah.


312... rekod solo terbaik aku. Rindu nak main Netball. Ada sesape perlu GS/GA tak? Huhuhuuu...

Thursday, September 10, 2015

Splash time!


Anak-anak cuti sebab UPSR. masing-masing bising nak mandi kolam. Okay, jom! mama pun da lama tak berenang.


Wednesday, September 9, 2015

Mr. T ajak teman supper


Pegi uptown beli liquid vape mysayang. Dia ajak aku temankan dia makan. Da lewat ni weih...aku tekankan je la ye.


Monday, September 7, 2015

Sasa belanja besar



Sasa ajak main bowling. Lokasi wajib kami di Ole-ole Bowling, Monterez Club.











Masing-masing bajet terrer main. Hahahahaaaa...
Boboy lawan gegirl la kononnya.




Juaranya da tentulah mysayang. Aku banyak kelongkang je kot. Kuikuikuiiii...

Malam tu, Sasa belanja makan Pizza Hut pulak. Yeay, tenkiu Sasa.




Tapaw pizza bawak balik rumah, makan pizza pukul 10 malam. Heheheee...