Saturday, February 23, 2019

(Temporary Backup) Menjejak durian


Hahahahaaa... antara benda yang dia confirm akan cari kalau balik Malaysia. Opkoss raja buah, durian. Petang tu jugak pergi cari gerai durian terdekat.

Nasib ada. Dan buah diorang pun elok-elok je manisnya. Alhamdulillah... rezeki Kak Ros.



Tapi kalau dia balik dengan family dia, payah sikit nak beli durian. Kena sorok-sorok sebab suami dan anak-anaknya memang tak boleh bau langsung. Biasa la... mat saleh.



Tak menyempat sampai rumah, dia nak rasa dulu. Ekekeee... 

Maniss oooooo....




BETA menang perbarisan


Hari ni hari sukan sekolah Aina Syuhadah. Lepas dah berlatih dalam seminggu ni, tibalah masanya untuk Aina tunjukkan kebolehan dia. Cewahh...


Aina masuk perbarisan. Da masuk sekolah menengah ni, takde luck dia terpilih masuk acara olahraga. Takpe, mama faham sebab mama pun macam tu.

Seawal jam 6.15am, depan sekolah dah jamm. Iyelah... disebabkan 20 buah bas sekolah yang nak bawa pelajar tu parking disepanjang kiri dan kanan bahu jalan, jadi parent takde tempat nak park kereta untuk hantar anak masing-masing.


Lepas hantar Aina, aku hanya boleh follow perjalanan majlis melalui group Whatsapp team Beta je sebab Aina guna nombor aku. Nak harap Aina hantar report, memang tak r.




Alhamdulillah... team Aina rumah Beta menang tempat pertama perbarisan rumah sukan. Tahniah! Berbaloi berjelaga akibat berjemur.



Shahir bawa Si Merah



Kejap je balik, da nak balik hostel balik. Selepas Subuh da nak kena siap. Risau takde bas.


Kali ni Shahir minta izin aku nak bawa si Merah... semester ni dia start belajar cara ambil gambar.


Berat hati mama nak lepaskan Merah pada Shahir. Faham-faham je lah, asrama... bawak barang berharga... berisiko hilang. Tapi takpelah. Demi menuntut ilmu, mama pasrah dan tawakal je la nampaknya.

Doa yang baik-baik je la kann.

Sampai ke TBS jam 10.15am. Agak awal dari biasa.



Ambil tiket pukul 12pm... terpaksa tunggu kawan dia tak sampai lagi.

Tadi Shahir Whatsapp untuk bagitahu dia sampai hostel pukul 4.50pm. Ngam ngam hooo...






Try Black Vanilla x 7Eleven



Tengok gambar kat poster depan 7 Eleven... macam menarik je.

So... aku pun macam nak try.

Aku suruh Shahir belikan sebab aku kena beratur untuk beli tiket bas Shahir.

Inilah hasilnya yang Shahir da buat. Huwaaaaa.... hantam sajalah labuuu..


Komen aku... rasa dia tak berapa nak rasa. Biasa je. Sedap lagi aiskrim singgit yang biasa jual kat sekolah tu. 

Warna hitam tu je yang menarik minat aku. Tapi... hitam dia memang buat comot. Tengok ke mulut aku. Macam pakai lipstik gelap ala Nelofa dah. 

Bising anak aku, mama comot. Hahahaa...



She's back!





Alhamdulillah... Kak Ros selamat tiba di Malaysia subuh tadi. Kak Min yang jemput dia di airport.

 Salute dengan usaha dia untuk balik setiap tahun demi ibu ayahnya, walaupun kos untuk balik ke Malaysia bukannya murah.

Tapi itulah... bila niat kita mulia, nak bahagiakan ibu ayah kita sementara ada, Allah SWT sentiasa memudahkan perjalanan hidup kita.

Moga Kak Ros terus dimurahkan rezeki. Aminn...





Thursday, February 21, 2019

Trainning untuk perbarisan hari sukan sekolah




Jarang Aina nak libatkan diri dengan aktiviti di sekolah. Selalunya mama yang bising, paksa dia supaya aktif sikit.

Kali ni, dia sendiri yang minat nak join perbarisan, tanpa mama suruh.

Bersungguh dia ikut trainning. Semoga dia belajar sesuatu dan buat yang terbaik untuk team dia. Aminnnn....






Airis teman mama amik abang




Selalunya... sama ada mama pergi dengan abah, ataupun mama pergi seorang je. Kali ni, Airis temankan mama. 

Saje nyongket ikut mama.

At last.. dia tertidur dalam kereta... macam biasa. 

Dia memang kaki tidur. Muahahahahaa....






Shopping katanya



Hari ni temankan mak mentuo den pergi shopping. Dia memang da tak larat mak jalan. Memang kena orang tolakkan. 


Yang iya nya... bukan nak shopping sangat pun. Dia saja nak keluar ambil angin. Asyik dok terperuk kat rumah je kan. Mesti dia kebosanan. Selagi terdaya, aku bawakan je.

Wednesday, February 20, 2019

Berdarah


Bergesel dengan papan nipis... pun boleh berdarah cenggini. Tajam r, bahaya.



Tuesday, February 19, 2019

Happy 13th Birthday Aina!



Hari ni genap umur Aina Syuhadah Binti Ahmad Akmal menjejak usia 13 tahun.

Kejap je masa berlalu. Aku masih ingat masa aku lahirkan dia. 

Semoga Aina panjang umur, murah rezeki, serta membesar menjadi anak solehah yang berjaya dunia dan akhirat hendaknya. Aminn...




Kalau tahun lepas kita celebrate birthday kakak kat Melaka... tahun ni kita celebrate dekat KFC Subang 2 je lah ye kakak, memandangkan kita pun tak complete.

Semoga kakak happy dengan apa yang mama dah buat ni. Sayang kakak!




OTeh si pendatang


Baik punya dia landing... betul-betul kat tempat mama sujud. Si tua ni dah masuk 4 bulan dok ngan kami. Gaya dia yang malas, buat bodo dan tak banyak pe'el, buat kami senang dia disini.



Kami panggil dia OTeh. Selagi takde orang claim OTeh ni kucing dia, selagi tu kami bela kau ye OTeh.

Monday, February 18, 2019

Request hadiah birthday



Macam biasa... setiap kali datangnya birthday, Aina mesti minta hadiah dari mama. Kali ni dia nak squishy. 

Hahahadoiii.... bikan tak pernah beli kat Lazada sebelum ni, tapi ntah kemana dah perginya. 

Nasib baik itu je permintaan dia, so mama shopping la kat Shoppe. Murah!

Tunggu je lah ntah berapa lama nak dihantar.




Sukahati dia



Pakcik ni mengingatkan aku pada satu watak...


Kalau korang pernah tengok siri Jack Ass yang bodoh tu, korang mesti perasan watak macam pakcik ni.

Terfikir gak, Jack Ass buat shooting kat Malaysia ke? 

Hahahaaaa.....

Sunday, February 17, 2019

Selamat Bertunang Adib x Aisyah


Hari ni aku and the gegirls ikut rombongan bertunang Adib, sepupu mySayang ke Seri Kembangan.



Adib dengan tunangnya Aisyah, sebaya. Kenal sejak zaman persekolahan. 

Hantaran 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan.



Mak Cu, ibu Adib, menyarung cincin ke jari manis Aisyah


Mereka bakal di ijabkabulkan pada hujung tahun ni. Semoga segalanya dipermudah buat mereka, InsyaAllah.




Hensemnya dia



Ececee... sekali dia pakai blazzer, aku tengok da macam eksekutif muda je. Walaupun blazzer tu nampak agak besar kat badan dia, tetap nampak segak.

Shahir kena pakai blazzer setiap hari Ahad sebagai hari permulaan mingguan. Shahir jadi PRS iaitu Pembimbing Rakan Sebaya. Okey r tu abang. Kena jadi contoh buat kawan-kawan r ni kan? Good luck Abang!


Blazzer tu Mak Ngah yang punya. Mak Ngah bagi Shahir pakai. Tu yang nampak besar gedabak tu. Itupun mama da alter sikit. Jadilah kan Shahir? Janji ada. Ekekekeeee....

Selamat Bertunang Adib x Aisyah


Hari ni aku and the gegirls ikut rombongan bertunang Adib, sepupu mySayang ke Seri Kembangan.



Adib dengan tunangnya Aisyah, sebaya. Kenal sejak zaman persekolahan. 

Hantaran 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan.



Mak Cu, ibu Adib, menyarung cincin ke jari manis Aisyah


Mereka bakal di ijabkabulkan pada hujung tahun ni. Semoga segalanya dipermudah buat mereka, InsyaAllah.




Thursday, February 14, 2019

Happy 43th Birthday Sista!


Hari ni, 14 Febuari... genaplah usia Nyah aku ni 43 tahun. Da makin tuo nampaknya. Heheheee...

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta berbahagia disamping keluarga tersayang hendaknya.



Monday, February 11, 2019

Happy 46th Birthday my biras


Happy birthday Kak Min, biras aku. Tahun ni umur dia da masuk 46 kalau tak silapnya.


Semoga dipanjangkan umur, dinurahkan rezeki, serta berbahagia disamping  family tersayang hendaknya. Aminn..

*** Ss dari gambar Instagram, gambar tahun lepas sebab tahun ni, belum ada hambar wefie kami berdua lagi. Huhuhuuuu...

Saturday, February 9, 2019

Hantar Shahir then kembali ke sarang


Dah puas cuti seminggu... tibalah masa untuk kembali ke rutin semula. Hari ni hantar Shahir balik hostel, lepas tu kami balik ke Subang.



Lepas hantar Shahir ke Kluang, Nyah hantar aku ngan gegirls ke Stesyen Komuter paling hujung di selatan, iaitu di Tampin.



Kami naik Komuter dari Tampin sampai ke Stesyen KTM di KL Sentral. Lepas tu kami berjalan ke Stesyen MRT Muzium Negara, nak naik MRT hingga ke Kwasa Sentral. MySayang ambil kami kat sana.