Sunday, October 20, 2019

Explore Taman Rekreasi bertasik di Elmina

Disebabkan esok the girls ni ada exam, so mama tak dapat nak bawak diorang jalan jauh-jauh. Mama bawak diorang ke Elmina je... sebab dekat. Lagipun, kami tak pernah sampai ke situ lagi.

Ramai.... mungkin sebab hari Ahad. Semua ambil kesempatan bawak family beriadah. Tempat ni masih belum siap sepenuhnya lagi.

Air tasiknya warna coklat... tak pelik sebab kawasan tu dan kawasan sekitar masih dalam pembinaan lagi. Hehehe..


Ingat nak buat kerja sikit kat sini... nak rakam video testimoni... tapi disebabkan ramai sangat orang, aku naik segan. End up,tak jadi buat video.

Nanti kalau tempat ni da siap, boleh jadi porr berjogging tetap r nanti. Heheheeee....




Monday, July 15, 2019

Try Mee Rebus Pak Chop


Tengah hari tadi abang aku bagi gambar map ni kat group Whatsapp adik beradik 'Sibling Deluxe'.

Abang kata dia mengidam mee jawa Pokde... mana nak dapat dah. Pokde sekarang jalan pun dah terketar. Dah lama dia tak meniaga kerana faktor usia.

Kesian pulak dengar orang tua tu mengidam, balik dari berurusan di Lembaga Zakat, aku akak mySayang pergi singgah dan cari kedai Pak Chop tu yang terletak di Pekan Subang. 


Kalau tengok map tu, kedai Pak Chop tu terletak di kawasan kedai yang terbakar dulu. Betul tekaan aku. Kedainya terletak di atas tapak kedai yang terbakar 10 tahun dulu.


Aku belikan untuk abang aku sekali. Harga sebungkus mee rebus ialah RM5.50. Wow! Macam mahal kan? Tapi itulah harga dia. Pada aku berbaloi gak sebab isinya melambak, dan kuahnya boleh tahan sedap.

Tak rugi cuba.



Sunday, July 7, 2019

Tempat berhantu - Pasaraya ECO Subang Permai

 
1st time bawak anak-anak ke Pasaraya Eco Subang Permai. 

Pasaraya baru buka... penuh dengan manusia. Tempat barang murah memang selalu jadi tumpuan.



Da pesan kat anak-anak, sorang boleh beli tak lebih 3 barang. Alih-alih... da sampai kat sana, lain pula ceritanya. Masing-masing bodek nak 5 barang. Tu pun ada yang bising nak beli lebih. Adehhh...



Tu cakap... tempat ni berhantu. Sebelum sampai, plan nak belanja tak lebih RM30, da sampai berlebih-lebih pulak jumlahnya. Adoyaiii....




Kenduri anak kak G


Ada satu hari tu, Kak G komen kat gambar aku, sempat ajak aku datang ke kenduri kahwin anak sulungnya.

Da lama tak jumpa geng KEMAS, hati aku tergerak nak pergi. Ambil kesempatan jumpa diorang.


Macam biasa... kalau pergi dengan mySayang, kena tunggu dia usai kerja, baru boleh gerak. Ok lah.... dalam 12.30pm, baru dapat bertolak. Tak sempat jumpa Kak Ros yang sampai awal dari Ipoh. Che Ta pun dapat jumpa kejap je. Masing-masing ada 2,3 rumah kenduri nak pergi lagi.





Eina je la yang sempat berborak lama. Dia pun sampai lambat. Banyak gak cerita yang kami sembang, pasal kawan-kawan yang dah lama tak dengar berita.... 





Seronoknya kalau dapat berkumpul lagi macam dulu... walaupun dah tak sama sebab arwah Kak Kila dah takde....





Tuesday, July 2, 2019

Jumpa Dwan Olan


Hari ni dah 24 hari apak mySayang tidur di wad. Apak kelihatan sangat sihat. Cuma perkembangan fisiotetapi dia agak slow menyebabkan dia akan berada lebih lama di wad tersebut.


Kali ni turn mysayang jaga apaknya dari malam tadi.

Siang tadi dia jumpa Dwan penyanyi kumpulan Olan yang sedang melawat ayah mertuanya kat PKKN Sungai Buloh. Pe lagi, ambil kesempatan bergambar la dia. Hahahaa...









Monday, July 1, 2019

Nasi Lemak RM1


Airis kata dia nak jual nasi lemak kat sekolah agama dia, so aku pun gigih masak nasi lemak. Bukannya susah pun, dalam 1 1/2 jam je dah siap bungkus. 

Harap budak-budak suka. Jual RM1 je sebab jual kat sekolah. Siap telur dadar potong taw.



Friday, June 28, 2019

Yee Mee Goreng bidan terjun




Da nak pergi sekolah, baru Airis Suraiya tanya aku, ' mama, nak bawa makan apa pergi sekolah ni?' 

Alamak... tepuk dahi aku. Langsung tak ingat hari ni dia ada jamuan Aidilfitri kelasnya di sekolah kebangsaan.

Nasib baik ada gak sedikit barang-barang masak. Ada yee mee mentah, telur dan tomato ceri. Maka terhasillah yee mee goreng. Sedap katanya. Rasa maggie goreng. Laku kat kelasnya. 

Hahahahaaa... jadi la dari takde.



Wednesday, March 13, 2019

Teman tido mama


O'Te... dia suka baring dekat mama kat atas katil. Mama tidur sorang, dia datang teman. 







Tuesday, March 12, 2019

Update detail BSH mommy


Mahu tak mahu, hari ni aku mesti settlekan urusan kemaskini maklumat BSH mommy. Iye lah... tarikh tutup untuk update detail ialah pada 15 March 2019. Setiap tahun mommy tak pernah tak dapat. Tup tup tahun ni tak lepas sebab tak di update sebelum ini. Apa lagi... bising la mak aku. Hahahaa... memang salah aku kot sebab leka sampai tak update.


Sebenarnya boleh je buat online. Tapi aku tak reti bila macam nak kena kumpul semua IC anak-anak. Faham-faham je lah, semua dah tua gayut, ada life masing-masing, plus jauh-jauh... nak tunggu sorang-sorang send soft copy kad pengenalan masing-masing bagai menanti buah durian gugur ke tanah. Hahahaa..

At last aku decide, terus pergi je ke pejabat HASIL. Tanya depan-depan... senang! Plus pejabat HASIL dok dekat je dengan rumah aku. 2, 3 kali gak r aku berulang tanya macam-macam.

Akhirnya, selepas selesai bertanya macam-macam soalan, aku dapat tahu, proses walk in lebih mudah terutama buat kategori warga emas. Aku hanya perlu bawa salinan kad pengenalan, dan ingat tarikh mati arwah abah.


Selepas menunggu lebih kurang 40 minit, sampai giliran aku. Aku fikir semua dah complete, rupanya kena ada nombor akaun BSN mak. Memang aku tak hafal. Jenuh aku Whatsapp adik beradik aku, thanks pada adik aku, Baby sebab dia ada simpan. Terima kasih sebab dah mudahkan kerja aku.

Terpaksa lah beratur ambil nombor semula. Adeh... silap aku gak sebab tak hafal nombor akaun mommy.



Urusan dikaunter tak sampai pun 5 minit. Kejap je kalau borang dan semua dokumen dah complete. Settle sudaaa...

Saturday, March 9, 2019

Cat Woman



Aktiviti pagi aku... 

Bila anak-anak bulus sini nampak aku pegang tin tu, diorang dah tahu da. Mesti ada makanana untuk diorang.

Kesian tengok... tambahan yang kecil-kecil tu yang masih menyusu badan. Nampak je aku, diorang meluru datang kat aku minta makan. So, setiap pagi aku pastikan aku mesti ada spare makanan untuk diorang. Selagi terdaya, aku buat Insya Allah.




Friday, March 8, 2019

Vietnamese Roll versi Kak Shazzy


Sedap dan sihat! Aku suka makan ni, dapat pulak udang yang besar-besar. Perghh! Tak boleh nak stop weiii.

Aku guna lobak merah, daun salad, suhun, cendawan enoki (favourite aku), sengkuang, tomato ceri, udang dan ketam .


Tadaaaa... kejap je buatnya. Makan macam tu boleh, makan dengan sos pun sedap. 

Mommy aku pun suka. Sedappp....

Thursday, March 7, 2019

Bang Rimau Bintang


Kesayangan mama kena jadi maskot untuk rumah sukan Kuning. Hehehe... apooo?

Jadi maskot rumah sukan paling hensem yang mama pernah tahu. Ececeehhhh... Love You!




Wednesday, March 6, 2019

Anak buah paling muda


Luqman, anak Abg Cik ngan Kak Su. Lincah budaknya... kekadang kelakar pun ada. Dia lah penyeri keluarga mySayang.







Tuesday, March 5, 2019

Kak Ros nak balik US dah...



Oleh kerana flight Kak Ros pukul 8am pagi esok dan dia kena check in pukul 6am, abang nya telah sewa sebuah homestay yang terletak tak jauh dari KLIA.


Tujuannya, memudahkan untuk kak Ros check in di subuh hari, dan membolehkan kak Ros spend time dengan apak dan mak sebelum dia balik rumahnya di US.




So, kak Ros pun ajak lah mysayang sekeluarga untuk stay sekali di homestay tersebut memandangkan yang lain tak dapat nak join sekali. Kami pun, pantang dilawa. Ekekekeee...


Kami sampai agak lewat dalam pukul 10pm kerana terpaksa menunggu Aina habis sekolah jam 6.30pm.


Tapi sempat gak la kami bergambar kenangan dengan kak Ros.








Aku pun sempat gak siapkan soto untuk dibawa sekali ke homestay. Dapat la aku bagi kak Ros merasa soto jualan aku. Dia kata sedap. Heheheee.. kembang idong jap.






Semoga kak Ros selamat sampai di sana nanti. We'll miss u!


Saturday, February 23, 2019

(Temporary Backup) Menjejak durian


Hahahahaaa... antara benda yang dia confirm akan cari kalau balik Malaysia. Opkoss raja buah, durian. Petang tu jugak pergi cari gerai durian terdekat.

Nasib ada. Dan buah diorang pun elok-elok je manisnya. Alhamdulillah... rezeki Kak Ros.



Tapi kalau dia balik dengan family dia, payah sikit nak beli durian. Kena sorok-sorok sebab suami dan anak-anaknya memang tak boleh bau langsung. Biasa la... mat saleh.



Tak menyempat sampai rumah, dia nak rasa dulu. Ekekeee... 

Maniss oooooo....




BETA menang perbarisan


Hari ni hari sukan sekolah Aina Syuhadah. Lepas dah berlatih dalam seminggu ni, tibalah masanya untuk Aina tunjukkan kebolehan dia. Cewahh...


Aina masuk perbarisan. Da masuk sekolah menengah ni, takde luck dia terpilih masuk acara olahraga. Takpe, mama faham sebab mama pun macam tu.

Seawal jam 6.15am, depan sekolah dah jamm. Iyelah... disebabkan 20 buah bas sekolah yang nak bawa pelajar tu parking disepanjang kiri dan kanan bahu jalan, jadi parent takde tempat nak park kereta untuk hantar anak masing-masing.


Lepas hantar Aina, aku hanya boleh follow perjalanan majlis melalui group Whatsapp team Beta je sebab Aina guna nombor aku. Nak harap Aina hantar report, memang tak r.




Alhamdulillah... team Aina rumah Beta menang tempat pertama perbarisan rumah sukan. Tahniah! Berbaloi berjelaga akibat berjemur.