Monday, July 15, 2019

Try Mee Rebus Pak Chop


Tengah hari tadi abang aku bagi gambar map ni kat group Whatsapp adik beradik 'Sibling Deluxe'.

Abang kata dia mengidam mee jawa Pokde... mana nak dapat dah. Pokde sekarang jalan pun dah terketar. Dah lama dia tak meniaga kerana faktor usia.

Kesian pulak dengar orang tua tu mengidam, balik dari berurusan di Lembaga Zakat, aku akak mySayang pergi singgah dan cari kedai Pak Chop tu yang terletak di Pekan Subang. 


Kalau tengok map tu, kedai Pak Chop tu terletak di kawasan kedai yang terbakar dulu. Betul tekaan aku. Kedainya terletak di atas tapak kedai yang terbakar 10 tahun dulu.


Aku belikan untuk abang aku sekali. Harga sebungkus mee rebus ialah RM5.50. Wow! Macam mahal kan? Tapi itulah harga dia. Pada aku berbaloi gak sebab isinya melambak, dan kuahnya boleh tahan sedap.

Tak rugi cuba.



No comments:

Post a Comment