Friday, November 9, 2018

Majlis Graduasi dan Majlis Makan Malam Tahun 6 SK Subang Bestari


 
 

Pejam celik, pejam celik... dah tahun ke enam Aina bersekolah di SK Subang Bestari ni. Rasa macam baru je aku hantar dia ke sesi orientasi Tahun Satu. Huhuhuhuuuuu.... how time flies...

Hari ni ada majlis Graduasi dan penhyerahan surat berhenti sekolah pada murid-murid Tahun Enam. Sebelum ke Kluang, aku dah siap iron baju Aina supaya takde la nampa renyuk nanti, biarlah kemas sikit. Padahal, Aina sikit pun tak kisah semua tu. Hahahaaaa...

Mujur lah guru kelas 6 Efektif, kelas Aina sudi mengongsikan gambar sekitar majlis penyerahan itu, memandangkan ibu bapa tak diundang ke majlis tersebut. Sekadar majlis kecilan, hanya guru-guru dan murid-murid sahaja.



Pada sebelah malam pula, di adakan Majlis Makan Malam Tahun Enam bersama guru. Amboi... seronoknya anak-anak sekarang. SIap ada majlis dinner kau.

Sorry kakak... mama tak dapat nak siapkan kakak. Mama terpaksa hantar abang. Nasib baik kakak pandai siap sendiri. Huhuhuuuu... anak mama da besar.






Hantar budak 'cuti' balik Kluang




Budak ponteng da nak kena balik hostel. Balik sorang... terpaksa la mama temankan sampai ke Kluang. Biasa balik dengan kawa-kawan, tapi kawan-kawan dah balik dulu hari Selasa lepas.

Da lama mama tak travel jauh sorang-sorang. Best gak kan?






Hahahahaaaa... selfie je la kerja mamanya. Mesti Shahir stress....




Sampai Kluang, kami ambil GRAB dan lepas hantar Shahir masuk hostel, aku kembali ke stesyen bas dengan GRAB car yang sama.




Thursday, November 8, 2018

Baju bunga-bunga



Shahir ada Majlis Dinner PRS Jumaat Malam nanti. So... gigih la kami pergi cari baju bunga-bunga di Uptown Kota Dame. Nasib baik ada dan harga pun tak mahal sangat berbanding brand Captain yang hampir RM80. Yang kami beli ni harganya RM40 je dan kualitinya tak sama la macam Captain tu. Takpelah...janji da jumpa.

Tema Kugiran Masdo = baju bunga? Motif?


Hensemnya anak mama.