Friday, November 9, 2018

Majlis Graduasi dan Majlis Makan Malam Tahun 6 SK Subang Bestari


 
 

Pejam celik, pejam celik... dah tahun ke enam Aina bersekolah di SK Subang Bestari ni. Rasa macam baru je aku hantar dia ke sesi orientasi Tahun Satu. Huhuhuhuuuuu.... how time flies...

Hari ni ada majlis Graduasi dan penhyerahan surat berhenti sekolah pada murid-murid Tahun Enam. Sebelum ke Kluang, aku dah siap iron baju Aina supaya takde la nampa renyuk nanti, biarlah kemas sikit. Padahal, Aina sikit pun tak kisah semua tu. Hahahaaaa...

Mujur lah guru kelas 6 Efektif, kelas Aina sudi mengongsikan gambar sekitar majlis penyerahan itu, memandangkan ibu bapa tak diundang ke majlis tersebut. Sekadar majlis kecilan, hanya guru-guru dan murid-murid sahaja.



Pada sebelah malam pula, di adakan Majlis Makan Malam Tahun Enam bersama guru. Amboi... seronoknya anak-anak sekarang. SIap ada majlis dinner kau.

Sorry kakak... mama tak dapat nak siapkan kakak. Mama terpaksa hantar abang. Nasib baik kakak pandai siap sendiri. Huhuhuuuu... anak mama da besar.






No comments:

Post a Comment