Wednesday, December 28, 2016

Jejak MRT



Da lama janji nak bawak budak-budak ni try naik MRT yang baru dilancarkan dan paling best, free untuk sebulan.

Bas feeder pun nampak bersepah, so takde masalah nak ke stesen MRT yang paling dekat di Kwasa Sentral. Bas feeder pun free gak untuk bulan pertama ni. Ok, jom anak-anak!

Da lama tak naik bas, Airis teruja.

Yang lain pun seronok tu.
Sambil tunggu train sambil berselfie. Hehehee..




Sebenarnya, tak banyak beza dengan LRT dan Komuter. Cuma lebih canggih dengan paparan LCD screen, juga hentian baru yang memudahkan. Lepas ni senang la nak oe One Utama ngan Ikea. Naik MRT je. Wehuuu...

Ahli rombongan ;p


Tuesday, December 27, 2016

Ayah angkat



Untung mysayang, dapat jadi anak angkat kerabat diraja Perak, Raja Izzudin Shah. Alhamdulillah..

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kami. Ameen....


Ke JAIS


Rentetan peristiwa lewat malam tadi, pagi ni Kak M sekali lagi meminta bantuan aku ke Jais untuk jadi penjamin dia. Hati berat sebenarnya, tapi tawakal je, ddmi nak mudahkan urusan dia.


Setelah 5 jam berlegar mencari penjamin bagi pasangan Kak M, akhirnya pukul 2pm baru kami sampai ke JAIS. Masa yang agak suntuk untuk cari seseorang yang tak tahu cerita, untuk setuju jadi penjamin. 


Proses soal siasat ambil masa 2 jam lebih. Aku juga sudah diberitahu tentang risiko yang bakal aku tanggung sekuranya jaminan aku tu menghilangkan diri. Fuhhh... tarik nafas dalam gak la. Aku tahu, mysayang tak setuju pada awalnya untuk aku jadi penjamin. Tapi, Lillahhitaa'la...aku berserah seratus peratus pada yang Maha Esa. Tak sampai hati rasanya nak biar Kak M macam tu.

Tarikh sebutan kes ditentukan pada bulan May nanti. Semoga Allah Swt mempermudahkan urusan kami nanti.






Demi sahabat


Pukul 10pm, aku dapat call dari seorang sahabat. Dia minta bantuan aku untuk jamin dia di pejabat JAIS di Shah Alam.

Aku tak tanya banyak, terus ajak mysayang ke sana.

Aku dengan Kak M ni, da lama tak contact. Aku merajuk dengan dia sebenarnya. Tapi, memikirkan keadaan Kak M yang sebatang kara kat sini, aku usaha gak untuk bantu dia.

Selagi boleh bantu, InsyaAllah aku bantu.


Monday, December 26, 2016

Sesi make up gegirls


Aku memang minat make up. Ni antara koleksi barang make up yang aku ada,


Hari ni aku nak asah bakat menata rias. Mangsa-mangsanya da tentulah The Gegirls. Hahahaa... diorang tadah muka je. Suka sangat nak make up.

Mangsa pertama : Sara Aryssa Shazryn.

Sebelum
Siap!
Mangsa kedua : Aina Syuhadah

Sebelum
Siap! Dia yang paling excited sekali
Mangsa ketiga : Airis Suraiya

Sebelum
Siap! Muka budak terpaksa rela. Hahaha..
Ok, da boleh open booking. Sape yang nak guna khidmat akak untuk dinner or tunang, bley Whatsapp akak ye, 0193524838.


















Sunday, December 25, 2016

Coconut Shake



On the way balik dari Teluk Intan, ikut jalan lama Kuala Selangor, jumpa kedai ni. Tengok signboard besar gedabak dia... bagus strategi dia nak tarik customer. Hahaha...

Aku pun tertarik nak singgah, nak cuba coconut shake dia.

Kalau dari dari arah Tanjung Karang ke Kuala Selangor, kedai ni terletak disebelah kiri.


Menu utama yang dia dok promosi... ni dia...


Aku tak cuba le chicken chop dia sebab masih kekenyangan. Try coconut shake je.


Bagi aku, rasa dia...bley la. Tapi pada aku, Warung Kita di Kampung Melayu Sungai Buloh paling power setakat ni.

Nak cuba, singgah lah ye.









Lepas geram laksa Hawaii


The best laksa in hometown!

Orang tempatan panggil gerai ni Hawai. Da lama gerai ni bertapak di sini. Dari basikal tolak, ke lori kecil... sekarang dah ada sebiji kedai depan lori kecil dia, demi keselesaan pengunjung.

Seingat-ingat aku, 1st time aku ke Hawaii, masa aku Form 3 iaitu 19 tahun lalu. Perghh... itu time aku 1st time ke Hawaii. Tapi kedai tu wujud tak tahu la da berapa lama. Dari mak paknya, sekarang dah menurun ke anak cucunya.

Owner asal gerai ni Chinese. Dulu pernah ada isu masakannya tak halal. Tapi aku tengok orang Melayu je yang memenuhkan kedai dia. Sekarang da tak risau dah sebab semua pekerja dan tukang masaknya orang Melayu Islam.

Kesemua menu yang ada sedap-sedap. Tapi yang paling popular ialah laksa, rojak dan air Hawaii.


Sambil-sambil mySayang nak jumpa membernya, aku pun ambil kesempatan lepas geram kat laksa Hawaii. Sedap! Tak berubah macam dulu.

Kalau korang ke Teluk Intan, jangan lupa try tau. 



Rumah Pusaka



Inilah satu-satunya harta peninggalan arwah abah. Rumah mak aku yang terletak di Taman Bunga Raya, Teluk Intan. Arwah abah beli rumah ni setahun sebelum dia pergi meninggalkan kami buat selamanya.

Syukur arwah abah sempat beli rumah sebelum dia meninggal duhia. Macam tau-tau je. Kalau tak, mesti kami dah merempat entah kemana kerana emak seorang suri rumah sepenuh masa. Memang takde pendapatan lain selain wang pencen arwah abah yang bekerja sebagai seorang guru. Rumah ni pun, insuran yang settlekan bayaran lepas abah meninggal. 

Walaupun mak dah duduk dengan aku, rumah ni tetap dijaga dengan baik. Mak upah orang untuk jaga laman, manakala bahagian dalam kami bersihkan kalau balik sekali sekala.

Banyak kenangan kat rumah ni. Pahit manis...semua ada. Pernah mak menyatakan hasratnya untuk menjual rumah ni, tapi kami adik beradik berjaya pujuk mak untuk batalkan hasratjya tu. Sayang kot. Memang rumah ni nilainya dah tinggi, tapi harga dia takkan sama dengan segala kenanganbyang tersimpan disitu. Selagi aku terdaya, aku akan jaga rumah ni sampai bila-bila. InsyaAllah.






Kawan kawen


Kawan kelas sekolah menengah aku kahwin buat kali kedua. Masa kahwin kali pertama dulu, tak berkesempatan nak datang. Kali ni, dia jemput satu group batch 99 datang. Aku plan nak ke Teluk Intan semata-mata nak ke majlis dia.


Kami bertolak ke Teluk Intan dari Subang, jam 11am. Tak laju pun, makan angin je. Sampai kat Teluk Intan jam 1.20pm. Pengantin tengah bersanding.


Dapat gak bergambar dengan pengantin.

Selamat Pengantin Baru Fairus & Nurisya! Moga berkekalan ke akhir hayat kalian.





Friday, December 23, 2016

Ke Flip Out, Kota Damansara


Flip Out Kota Damansara ada buat promosi - Start pukul 8pm Jumaat malam, main sampai lebam. Untuk parkour bar+trampolin=RM15, kalau trampolin sahaja RM10 je. Murah sangat tu. So, aku decide nak bawak budak-budak ni merasa main trampolin ni. Da lama diorang bising kat aku, suruh bawak ke situ.

Mama da sedia!
Jarak Flip Out dari rumah kami ada la dalam 7km. 10 minit pun da sampai.

Ni harga biasa ye.


Ni harga promosi. Tu diaaa...
Banyak gak boleh berjimat. Aku kan kena belanja 3 budak. Kiranya bebudak ni bernasib baik r dapat merasa.

Okey, sebelum start masuk gelanggang, sila baca rules dia dulu ye.


Kami sampai awal, jadi untuk mengisi masa terluang... wefie la.



Layan video suasan Flip out pun boleh. Dah macam tengok tv kat rumah diorang dibuatnya.


Sebelum masuk ke gelanggang, kena pakai tag ni dulu.


Taraaaa...serba hijau kaler gelanggang ni.



Ni bahagian trampolin. 


Yang ni plak, bahagian parkour bar. Tu nampak Shahir tengah bergayut tu.


Foam pool, favourite budak-budak

Aku dengan kakak aku da tak larat nak melompat. Kami lepak tepi je la sambil memerhati. Hehehee...


Best gak tempat ni. Kalau nak keluarkan peluh, sangat sesuai. Next time, kalau pergi lagi, aku pun nak lompat gak la. 




Thursday, December 22, 2016

Sarapan ringkas dan mudah - EGG TOAST



Senang dan orang rumah ni suka, iaitu Egg Toast.


Bahan-bagannya adalah seperti berikut:

-Roti (ikut banyak mana yang korang nak)
-Telur (5 biji untuk roti Gardenia pendek)
-Sedikit garam
-Sedikit Oregano (kalau tak nak letak pun takpe)
-Sedikit lada sulah

Caranya:

- Pukul telur. Masukkan garam, lada sulah dan oregano, pukul lagi. 
- Sekeping roti Gardenia dipotongkan 4 bahagian.
- Panaskan non stick pan. Tuang sesudu minyak masak. Ratakan.
- Celupkan roti dalam bancuhan telur tadi, cukup setakat meliputi keseluruhan roti.( Jangan lama sangat, nanti roti resap telur sampai habis. Hahahaa )
- Letak atas kuali panas tadi. Masak hingga keperangan.
- Angkat dan hidangkan.

Boleh dicicah dengan sos, sekaya atau makan macam tu pun dah sedap.






Di sapa abang sado hensem


Macam bermimpi di siang hari, bila blogger terkenal Ben Ashaari dm aku di insta. Tak sangka...dalam ramai-ramai follower dia tu, kiranya aku ni macam intan terpilih. Ececee...

Blog aku ni kebanyakannya kisah hidup aku. Dulu-dulu rajin r buat review produk yg aku guna, pastu sekali sekali share tips, resepi pun aku pernah share... tapi sekarang ni aku rasa masa aku limit sangat. Aduhhh...


Terima kasih bang! Ni rasa semangat nak berblogging nih.





Tuesday, December 20, 2016

Abob kucen Aina




Hahahaaaa... gini la Abob buat bila dia nak bagitaw air minuman diorang da habis. 


Bajet comel la kunun...
Hahahaaaa

Thursday, December 15, 2016

Bulan Penuh




Malam ni bulan cantik. Penuh! Cuaca pun cantik.


Gambar ni Airis yang ambil. Tak habis-habis dia puji, cantiknya bulan

Tuesday, December 13, 2016

Make up






Nak pergi Pos Laju pun nak make up.

Sorry... da memang minat. Bila lagi nak buang make up. Hahahaaa...





Jogging


Pagi ni da janji dengan bebudak nak bawak diorang berjogging. 

Lepas Subuh, terus bersiap seperti yang dijanjikan. 

Destinasi kami... tasik di Denai Alam.









Kawasan ni agak sunyi. Seram gak rasanya sebab takde orang lelaki dewasa.

Lepak sejam kat situ, then balik rumah.







Saturday, December 10, 2016

Cheese tart





Kak Meen bagi ni khas buat aku.

Sedap! Tu je nak bagitaw.


MAKAN KENDURI : Kenduri ke 2, rumah Wawa KEMAS



Dari Bukit Jelutong, aku terus ke Taman Subang Baru untuk ke majlis persandingan Wawa.

Kami sampai ke rumah Wawa pukul 9.30pm. Orang masih ramai. Kawan-kawan KEMAS aku pun masih menunggu ketibaan aku.

Da lama tak jumpa, sekali jumpa alamatnya wefie sampai lebam.





Selamat pengantin baru Wawa! Semoga berbahagia ke akhir hayat. Ameen...