Sunday, December 25, 2016

Lepas geram laksa Hawaii


The best laksa in hometown!

Orang tempatan panggil gerai ni Hawai. Da lama gerai ni bertapak di sini. Dari basikal tolak, ke lori kecil... sekarang dah ada sebiji kedai depan lori kecil dia, demi keselesaan pengunjung.

Seingat-ingat aku, 1st time aku ke Hawaii, masa aku Form 3 iaitu 19 tahun lalu. Perghh... itu time aku 1st time ke Hawaii. Tapi kedai tu wujud tak tahu la da berapa lama. Dari mak paknya, sekarang dah menurun ke anak cucunya.

Owner asal gerai ni Chinese. Dulu pernah ada isu masakannya tak halal. Tapi aku tengok orang Melayu je yang memenuhkan kedai dia. Sekarang da tak risau dah sebab semua pekerja dan tukang masaknya orang Melayu Islam.

Kesemua menu yang ada sedap-sedap. Tapi yang paling popular ialah laksa, rojak dan air Hawaii.


Sambil-sambil mySayang nak jumpa membernya, aku pun ambil kesempatan lepas geram kat laksa Hawaii. Sedap! Tak berubah macam dulu.

Kalau korang ke Teluk Intan, jangan lupa try tau. 



No comments:

Post a Comment