Tuesday, December 25, 2018

Cuti da nak habis. Balik ke sarang...




Huhuhuuuu... berat hati nak tinggalkan mak sesorang kat rumah ni. Ajak ikut aku balik, dia tolak. katanya nanti dulu.


Takpelah... doa yang baik-baik je. Harap mak sentiasa sihat dan happy.

Pagi ni, keluar cari sarapan dulu. Kali ni nak makan kat S. Abdullah Sani.


Lepas kenyang, kami ke Pasar Besar Teluk Intan, mak nak beli ikan untuk bekalan dia.

Balik pasar, sempat berposing. Ngehehee..
Kami bertolak balik ke Subang jam 3.30pm.

Adeh... wrinkle suda kelihatan
Budak belakang tu photo-boom gambaq kami
On the way balik, kami singgah dinner kat McDonalds Kuala Selangor. Nasib tak ramai orang macam kebiasaaannya di McDonalds Kota Damansara.


Sampai rumah aku dalam pukul 8pm lebih. Lepas da drop-off aku ngan anak-anak, Nyah terus pecut balik ke Rembau. Sok pagi-pagi dia nak bertolak pergi kerja ke Pagoh. Sian dia...




Monday, December 24, 2018

Kat Teluk Intan pulak



Sampai je Subang dari Melaka, Nyah ambil aku dan anak-anak untuk balik ke Teluk Intan, my hometown. Misi nak bawak mak keluar pergi ambil pencen dia.

Semenjak da tak larat ni, mak memang harapkan anak-anak dia untuk bawa dia keluar ke pekan Teluk Intan. Pernah 3 tahun lalu mak beberapa kali pitam kat tempat awam sorang-sorang masa pergi ambil pencen. Nasib baik ada orang awam yang baik hati sudi bantu. Sejak tu, kami adik beradik berpakat gilir-gilir bawak mak keluar ambil pencen. Mak dah tak boleh keluar sorang dah.

Keluar awal pagi sebab nak pergi breakfast. Tapi tak berapa awal sangat dah. Plan asal nak breakfast dekat warung yang terletak di jalan ke pasar besar Teluk Intan tak kesampaian sebab banyak makanan dah habis. Huhuuuu..

At last, kami kesini je....


Terletak kat Jalan Speedy, ni port kalau aku nak makan apom manis. Sedapp..

Selain apom manis, bubur gandum pun boleh dapat kat sini. Tempat lain memang tak jumpa dah.
 

Lunch time, mak nak makan Secret Recipe plak. Okey... ikutkan je.



Sekian sahaja aktiviti jalan-jalan cari makan kami untuk hari ini. Hehehee...




Sunday, December 23, 2018

Freeport A'Famosa Outlet


Check-out pukul 12pm. Kami plan nak singgah Freeport A'Famosa Outlet.

Ni kali kedua aku sampai sini.













Diorang semua shopping sakan. Aku? window shopping sudaaa..




Saturday, December 22, 2018

Cuti-cuti makan sefamily @ A Famosa Villa, Melaka


Yeay! 
Hari ni kami bersama family husband pergi luangkan masa bersama ke A Famosa Villa di Alor Gajah, Melaka. Da lama Kak Min dan Kak Ita plan percutian ni. tapi sayang sebab family Kak Ina tak dapat join kami kerana ada hal yang tak dapat mereka elakkan. It's ok. Next time maybe.

Kami bertolak dari rumah pukul 11.30am. Kalau ikut plan, nak bertolak pukul 10am. Hahaha...

Mama kena maintain vouge, hokey!
 
Mel nak naik dengan kakak-kakak.
 Selepas penat mengharung jamm.. kami tiba pukul 4.28pm. Perghh... gilalah jamm.

Pintu gerbang A Famosa Resort.


Sampai je kat Villa, kids tak tunggu lama dah. Zup zap tukar baju terussss debush! Terjun dalam kolam.Hahahaa..
 

Kolam dia tak besar sangat, tapi agak dalam. So, yang kecik-kecik tu haruslah dipantau. Naib baik anak-anak aku hebat bab menyelam dan berenang. So, diorang pun jadi pemantau selain aku yang kena jadi life guard. Ekekeee...
 






Lifeguard asyik wefie je nih...


Sementara kids berendam, mommies sibuk di dapur sediakan juadah. Chief chef of course r Kak Min sebab dia bawak ketam bapak besar. Yummyyyy!

chief chef sibuk didapur

Ahli paling kecik

Ketam bapak besar dalam persediaan.


Taraaa...
Hidangan dah siap.
 

Yummiehhh

Tteokbokki dari chief chef. Belakang tu daging salai tapaw dari Pedas, Nogori Sembilan.
Malam hari, kami plan nak berbabeque. Oyeah...
 





Sementara my King tengah membakar, me asyik berposing sakan ye. Hahahahahaaa..







Kak Ita sefamily buat surprise. Diorang sediakan hadiah, nak buat cabutan bertuah. Yeayyyy....
 
Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah

Shahir pemenang cabutan pertama. Ambil hadiah dari atok.

Pemenang Grand Prize, orang Manjung dapat. Tahniah Kak Sue

   
The King and his Queen
Selesai berbabeque pukul 1am.
Tidooo la.