Monday, December 24, 2018

Kat Teluk Intan pulak



Sampai je Subang dari Melaka, Nyah ambil aku dan anak-anak untuk balik ke Teluk Intan, my hometown. Misi nak bawak mak keluar pergi ambil pencen dia.

Semenjak da tak larat ni, mak memang harapkan anak-anak dia untuk bawa dia keluar ke pekan Teluk Intan. Pernah 3 tahun lalu mak beberapa kali pitam kat tempat awam sorang-sorang masa pergi ambil pencen. Nasib baik ada orang awam yang baik hati sudi bantu. Sejak tu, kami adik beradik berpakat gilir-gilir bawak mak keluar ambil pencen. Mak dah tak boleh keluar sorang dah.

Keluar awal pagi sebab nak pergi breakfast. Tapi tak berapa awal sangat dah. Plan asal nak breakfast dekat warung yang terletak di jalan ke pasar besar Teluk Intan tak kesampaian sebab banyak makanan dah habis. Huhuuuu..

At last, kami kesini je....


Terletak kat Jalan Speedy, ni port kalau aku nak makan apom manis. Sedapp..

Selain apom manis, bubur gandum pun boleh dapat kat sini. Tempat lain memang tak jumpa dah.
 

Lunch time, mak nak makan Secret Recipe plak. Okey... ikutkan je.



Sekian sahaja aktiviti jalan-jalan cari makan kami untuk hari ini. Hehehee...




No comments:

Post a Comment