Monday, January 29, 2018

Rindunya....



Tak pernah aku sangka... aku akan merindui anak aku smpai rasa camni.. 

Satu-satunya anak lelaki aku...yg paling senang dijaga, tak banyak kerenah..kelahiran dia merupakan saat paling indah dalam hidup aku. 

Ya Allah...kuatkan aku. Bantu aku agar aku redhakan pemergian anak aku dalam mencari ilmu.



Still tak bley move on...



Sunday, January 28, 2018

Alone kena langgar


Allahuakbar... tak boleh terima la kalau nampak kucing kena langgar. Lagi-lagi kalau anak kucing. Berapi je badan.

Masa aku nak pergi mendobi, Alone elok je main-main, ikut aku ke tempat parking. Bila aku balik je, tengok-tengok da tk boleh berjalan. Terjelepuk je dekat koridor tu. Hancur hati aku tengok keadaan dia.



Aku da tawar hati nak ubat kucing sebab tak pernah ada yang survive bila aku beriya-iya nak ubat diorang. So, aku memang redho je. Aku ambil dia dan bawa balik. Tak mampu aku nak ke klinik. Asalnya aku nak letak minyak gamat jedalam usaha aku nak pulihkan Alone. Kedua belah kaki belakangnya memang dah tak berfungsi. Dia da jadi kucing OKU. Sian..

Tapi aku dapat idea, aku try sapu Firmax... kot-kot memang betul power plak, boleh pulihkan kucing yang dah lumpuh ni. Lepas tu, aku bagi dia makan TransFactor.


Kita tengok je la macam mana perkembangan Alone nanti ye. Harap-harap dia makin pulih.









Kak Ros da nak balik US



Ok, da siap. Jom ke airport!


Hari ni Kak Ros da nak balik ke rumahnya di St Louise selepas 10 hari balik ke Malaysia.

Sedih... kejap je jumpa. Tapi yang paling sedih,dah tentu la mak dengan apak. Setiap kali Kak Ros balik ke US, doa diorang semoga mereka dipanjang usia agar dapat bertemu lagi di lain kali. Begitulah nasib bila anak duduk di perantauan.








Panjang umur, Insya Allah kita akan berjumpa lagi. Aminn...










Saturday, January 27, 2018

Singgah Pantai Remis, Jeram




Saje singgah sini bawak budak-budak. Sambil-sambil makan goreng pisang sambil dengar deruan ombak. Oh...damainya!










J.J.C.M.: Soto Pekan Selekoh


Mak nak balik kampung. Rindu rumah dia la tu. memandangkan mysayang superbusy dengan family dia, aku decide biar la aku saja yang drive bawa mak aku balik kampung.

Kami balik ramai-ramai, sekali dengan Iyang dan anak-anaknya. Tujuan utama kami, nak makan sup selekoh. Diorang la yang teringin, dah lama tak makan. 

Bertolak dari Shah Alam jam 7am, sampai ke Pekan Selekoh jam 10am. Agak lambat sebab jalan sepanjang Sekinchan hingga Sabak Bernam penuh berliku sebab da jadi jalan selorong akibat proses baik pulih pembesaran. Redho je la ngikut belakang lori. Huhuhuuu...

Destinasi pertama, Sup Din. Kat situ ada sate. Kami makan semuanya. Nyum nyum..






Saya bagi :
7/10 Bintang
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Lepas da habis makan kedai Din Sup, kami makan plak kat warung Mie Pecal. Kat situ ada pecal, bihun campur mee campur kuah kacang dan juga cendol.



Saya bagi :
6/10 Bintang
🌟🌟🌟🌟🌟🌟


Tuesday, January 23, 2018

J.J.C.M.: Murtabak Singapore JD, Muar


Hari tu dah cuba murtabak cheese yang di rekemen Nyah, kakak aku yang dok kat Pagoh tu.

Kami singgah ke Muar lagi...kali ni nak try murtabak Singapore. Yang ni mySayang yang rekemen. Dia dah rasa masa dia buat kerja kat Pagoh 3,4 tahun yang lalu.


Kedai ni memang famous sebab ramai yang rekemen kat Google. 

Susun atur dia macam biasa je. Macam kopitiam pun ada. Klasik!



Kami order murtabak daging besar 1 dengan murtabak cheese kecil 1.







Ya Allah..memang sedap! Sedap ya amat! Rasa macam tak puas makan. Aku suka murtabak cheese tu, Airis pun sama.




Sos dia memang sesuai dengan rasa murtabak tu. Harga? Err...sesuai dengan rasanya. Korang cuba la nanti ye. Aku pun rasa macam nak repeat lagi..

Saya bagi :
8/10 Bintang
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

J.J.C.M. : Kluang Rail Coffee, Kluang



Ok... kali ni lunch kami try makan kat sini... Kluang Rail Coffee.


Sebelum Shahir nak check in ke hostel, kami bawak dia makan kat sini dulu.




Okey.. berikut apa yang kami try kat ini...

Kopi Cendol... pada aku sangat sedap dan unik. First time jumpa.
Mee Siam.. actually bihun je. Tapi agak salty...pada aku r.

Nasi Ujang.. pilihan mySayang. Pada aku rasa dia biasa je.. macam ayam masak halia yaang aku masak.


Nasi Goreng Kuah Kari pilihan Shahir. Sedap gak.

Spaghetti Bolognese.. macam biasa, pilihan Aina. Okla.. cuma agak pedas.


Nasi Goreng Chicken Chop pilihan Airis, not bad.


Sirap Bandung pilihan mySayang.


Air Blackcurent pilihan gegirls
Dan inilah harganya....


Not bad. Still affordable, sesuai dengan restorannya. Boleh datang lagi.

Saya bagi :
6/10 Bintang
🌟🌟🌟🌟🌟🌟