Tuesday, February 28, 2017

RIP Owen kesayangan Mama (2015-2017)




Owen...antara kesayangan aku. Kucing kedua yang aku beli selepas Tobby. Aku beli Owen tahun 2015, masa tu umur dia 3 bulan.

Owner asal jual Owen pada harga murah, RM400. Alasan dia, Owen tak macam kucing dia yang lain. Tapi aku tak pulak tanya apa masalah Owen. Aku terus setuju nak beli dia. Aku ngan mysayang sanggup turun Ipoh untuk ambil Owen.

Mula-mula bela, aku perasan Owen rupanya ada sumbing sikit kat bibir dia. Aku tak kisah pun. Aku jaga dia macam yang lain. Dia pun memang manja. Cuma satu je masalahnya si Owen ni... dia suka poo poo dan pee pee merata. Geram gak la. Masa awal-awal lepas ambil dia, aku terpaksa kurung dia dalam cage sebab nk train dia poo poo dalam litter box. Jenuh gak r.

Sebelun mati... memang dia buat perangai. Poo poo dan pee pee merata. Dia mengalami kemurungan, menyendiri je.

Tapi Alhamdulillah, dia mati senang je. Dalam diam, takde terseksa. Bebola mata dia tetiba membengkak. Dua tiga hari sebelum tu memang aku cuci mata dia tiap-tiap hari sebab banyak sangat eye shit. Tapi hari kejadian tu, mata dia dah membesar. Da bernanah pun. Aduh... sayu nya tengok keadaan dia. Tapi, aku redha... mungkin ini yang terbaik buat dia. Rest in peace, Owen. Mama sayang kamu.



Monday, February 27, 2017

Masih berseni



Satu perangai anak yang buat aku geram... suka sangat buat kerja last minute. Adoilah anak. Nasib baik mama minat ngan kerja seni. Aku tidur lewat sebab nak siapkan kerja sekolah Aina ni. Kerja Sains katanya.

Aku tido pukul 2am. Huhuhuuu..


TAPI... esoknya, dia tak hantar pun kerja tu. Huwaaaaaaa....

Saturday, February 25, 2017

Bengkel Asas Penulisan dan Fotografi




Hahahaa.. sebenarnya kami da salah masuk bengkel. Sangkaan kami, bengkel ni tentang penulisan dan fotografi, iaitu tentang penulisan skrip ke, photoshot drama ke... ternyata ramalan ku meleset. Ceh..

Sebenarnya ni bengkel asas kewartawanan. Hahaha... terkena disitu. Tapi oklah... tak lari jauh dari bidang aku, graphic. So... teruskan je la, walaupun masa class tu da ada 2,3 orang yang da lari. Hahahaaa..


Hahahaaa... mysayang pun terjebak sekali. Takpelah... kami try. Mana tahu akan belajar sesuatu yang baru.


Kelas bermula dari pukul 10am hingga 5pm. 


Semua pasal grafik basic, yang memang aku da biasa buat. Tapi takpe la... pengalaman baru.


Aku sampai kat sini pun disebabkan kakak sorang ni. Kak Kila yang tolong daftarkan nama kami. Thanks kak.



Akhir program, penyampaian sijil dan bergambar beramai-ramai. YB Datuk Hjh Halimaton, ADUN Kota Damansara pun datang. Kursus ni, dia lah yang anjurkan. 



Selesai belajar, tak sabar nak balik rumah nak peluk anak-anak.