Friday, December 23, 2016

Ke Flip Out, Kota Damansara


Flip Out Kota Damansara ada buat promosi - Start pukul 8pm Jumaat malam, main sampai lebam. Untuk parkour bar+trampolin=RM15, kalau trampolin sahaja RM10 je. Murah sangat tu. So, aku decide nak bawak budak-budak ni merasa main trampolin ni. Da lama diorang bising kat aku, suruh bawak ke situ.

Mama da sedia!
Jarak Flip Out dari rumah kami ada la dalam 7km. 10 minit pun da sampai.

Ni harga biasa ye.


Ni harga promosi. Tu diaaa...
Banyak gak boleh berjimat. Aku kan kena belanja 3 budak. Kiranya bebudak ni bernasib baik r dapat merasa.

Okey, sebelum start masuk gelanggang, sila baca rules dia dulu ye.


Kami sampai awal, jadi untuk mengisi masa terluang... wefie la.



Layan video suasan Flip out pun boleh. Dah macam tengok tv kat rumah diorang dibuatnya.


Sebelum masuk ke gelanggang, kena pakai tag ni dulu.


Taraaaa...serba hijau kaler gelanggang ni.



Ni bahagian trampolin. 


Yang ni plak, bahagian parkour bar. Tu nampak Shahir tengah bergayut tu.


Foam pool, favourite budak-budak

Aku dengan kakak aku da tak larat nak melompat. Kami lepak tepi je la sambil memerhati. Hehehee...


Best gak tempat ni. Kalau nak keluarkan peluh, sangat sesuai. Next time, kalau pergi lagi, aku pun nak lompat gak la. 




No comments:

Post a Comment