Tuesday, March 12, 2019

Update detail BSH mommy


Mahu tak mahu, hari ni aku mesti settlekan urusan kemaskini maklumat BSH mommy. Iye lah... tarikh tutup untuk update detail ialah pada 15 March 2019. Setiap tahun mommy tak pernah tak dapat. Tup tup tahun ni tak lepas sebab tak di update sebelum ini. Apa lagi... bising la mak aku. Hahahaa... memang salah aku kot sebab leka sampai tak update.


Sebenarnya boleh je buat online. Tapi aku tak reti bila macam nak kena kumpul semua IC anak-anak. Faham-faham je lah, semua dah tua gayut, ada life masing-masing, plus jauh-jauh... nak tunggu sorang-sorang send soft copy kad pengenalan masing-masing bagai menanti buah durian gugur ke tanah. Hahahaa..

At last aku decide, terus pergi je ke pejabat HASIL. Tanya depan-depan... senang! Plus pejabat HASIL dok dekat je dengan rumah aku. 2, 3 kali gak r aku berulang tanya macam-macam.

Akhirnya, selepas selesai bertanya macam-macam soalan, aku dapat tahu, proses walk in lebih mudah terutama buat kategori warga emas. Aku hanya perlu bawa salinan kad pengenalan, dan ingat tarikh mati arwah abah.


Selepas menunggu lebih kurang 40 minit, sampai giliran aku. Aku fikir semua dah complete, rupanya kena ada nombor akaun BSN mak. Memang aku tak hafal. Jenuh aku Whatsapp adik beradik aku, thanks pada adik aku, Baby sebab dia ada simpan. Terima kasih sebab dah mudahkan kerja aku.

Terpaksa lah beratur ambil nombor semula. Adeh... silap aku gak sebab tak hafal nombor akaun mommy.



Urusan dikaunter tak sampai pun 5 minit. Kejap je kalau borang dan semua dokumen dah complete. Settle sudaaa...

No comments:

Post a Comment