Friday, September 18, 2015

Appointment mak ke Klinik Ofthalogy Hospital Sg Buloh


Pagi ni mummy ada appointment pukul 10 pagi untuk check mata. Saya da sedia!


MySayang nak ikut plak. Ok, jom!


Appoinment pukul 10am, kami sampai pukul 9.30am. Letak kad, pastu diorang suruh register kat depan. Ok, takpe. Register pun bukannya lama sangat sebab warga emas.
MySayang belum sampai-sampai lagi sebab tak jumpa parking.
Pukul 12.45pm, barulah nombor mummy dipanggil. Tak giler ke...3 jam menunggu beb. Sabor kan lah aku ni.


Masuk bilik doktor..menyakitkan hati betul tonasi doktor praktikal tu. Boleh plak dia tanya sakit apa. Memang soalan minta penampar. Dah la suara jenis pitch tinggi. Banyak ko kena belajar, dik. Sia-sia je kena maki ngan patient.

Da la 3 jam menunggu, dengan cara doktor yang menyakitkan hati, memang aku da rasa macam nak hilang sabar. Dia titiskan 3 jenis ubat dalam mata mummy dan suruh kami menunggu lagi untuk 1/2 jam. Sabor je lah aku ni.

Lepas da 1/2 jam, kami masuk semula ke bilik doktor. Cara dia examine mummy pun da tahu dia doktor praktikal. Nasib baik depan dia ada doktor senior memerhatikan, kalau tak, kami pun tak confident.

Selaput di mata kanan mummy dah teruk. So, doc da bagi date untuk operation iaitu pada 19 November 2015. Dengan kos lens yang perlu ditanggung RM816. Alhamdulillah, mummy tak perlu tunggu lama. 


No comments:

Post a Comment